Adakah rakan ofis cukup setanding dengan BFF ?
Foto Kredit: bestofinteriors.com
Suatu hari, saya stress sangat dengan bebanan kerja hingga terpaksa stay sampai malam. Mengadu pada BFF tapi mereka pun busy dengan komitmen masing-masing dan hanya mampu memberi kata semangat dari jauh. Kebetulan rakan sekerja yang duduk sebelah meja mendengar perbualan saya dengan BFF dan bertanya masalah. Bila habis bercerita, tak sangka dia sanggup menawarkan diri membantu selesaikan kerja bersama. Sejak dari itu, dialah rakan yang rapat di ofis.
Sejak itu tanggapan saya yang rakan ofis tidak boleh jadi BFF berubah. Merekalah yang:
1. Bersama selama 9 jam setiap hari
Mengadap muka kawan pejabat seharian
2. Tahu habit, kesukaan dan kegemaran saya
Bila sudah bersama setiap hari dan menjadi begitu rapat sehinggakan tahu apa yang mereka suka dan tidak suka sampai tak payah cakap apa-apa, tengok ekspresi muka pun sudah boleh tahu.3. Diingati bila outstation
Bila bertugas outstation, mereka yang saya akan ingat sekali. Sebab bila outstation, selalunya makan bersendirian atau jika berteman sekalipun, tak sama rasanya bila bersama dengan rakan ofis. Selesai kerja, mesti singgah mana-mana untuk beli ole-ole untuk mereka selain untuk keluarga dan BFF.4. Tahu rahsia yang tidak pernah dikongsi dengan orang lain
Foto Kredit: huffingtonpost.com
Lelaki dan perempuan, sama sahaja. Ada juga yang buat hal, ada kes berskandal di pejabat, walaupun sudah bersuami atau beristeri! Tapi masih pandai simpan rahsia!
5. Sedia menjadi teman meskipun sudah habis waktu bekerja
Kadang-kadang bila ada rasa malas nak balik rumah sebaik tamat waktu kerja, mereka sudi menjadi teman window shopping, teman makan malam dan teman mencari barang bila-bila masa berbanding dengan BFF, kena set dulu masa dan hari.6. Faham masalah berkaitan kerja
Memandangkan bekerja dalam tempat yang sama, mereka mengerti bebanan serta stress kerja yang ditanggung malah sanggup membantu untuk menyelesaikannya.7. Pendengar yang setia
Merekalah yang kita cari setiap kali dipanggil bos untuk meluahkan rasa kerana mereka memahami situasi yang berlaku. Cukup menjadi pendengar sudah memadai. Masa inilah ada kawan baik yang akan menyokong kita, menghentam bos habis-habisan!.8. Penghibur
Bersama mereka dan melihat telatah masing-masing yang suka bergurau-senda memang menghiburkan hati. Lupa seketika masalah yang dihadapi.Memang betulkan,
Foto Kredit: dailymail.co.uk
Terasa hari-hari kita berwarna-warni dan ceria maklumlah orang kata ada special bonding gitu!
sirap limau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan