Jumaat, 25 Disember 2015

Perjalanan

Gambar sekadar hiasan sahaja.
Apabila Allah ta'ala telah buat keputusan bahawa hayat kita semasa didunia telah sampai pada waktunya maka tiada apa lagi yang dapat mengubahnya. Oleh sebab itulah kita mesti sentiasa mengingati kedatangan tarikh tamat tempoh tersebut. Tarikh itu menjadi rahsia dalam rahsia Allah bagi memastikan setiap jinn dan manusia sentiasa dalam keadaan siap-sedia menghadapi maut. Berbeza dengan lain-lain makhluk seperti lembu atau kambing atau semut atau pokok dan lain-lain, mereka tidak mengalami penghisaban dan tiada soal jawab.

Apabila kita dimasukkan kedalam kubur dan ditinggalkan bersaorangan maka disitulah bermulanya perjalanan hidup kita yang sebenar. Kehidupan kita semasa didunia hanyalah untuk menghadapi ujian bagi memastikan siapakah diantara kita yang lebih baik amalannya bagi dihitung untuk diberi balasan diakhirat.
 

Jadi, perjalanan akhirat yang kitamulakan dari kubur adalah perjalanan yang sangat panjang dan penuh realiti walhal kehidupan semasa didunia adalah kehidupan yang memperdaya setiap jinn dan manusia dan ramai yang tewas dengan tipu daya tersebut sehingga begitu ramai yang tidak layak menerima balasan yang baik dari Allah ta'ala seperti yang telah dijanjikan.

Semasa hidup didunia kubur memerhati pergerakan kita dan berkata, 'Diantara ramai manusia diatas muka bumi ini engkaulah yang aku cintai, hari ini engkau telah diserahkan kepada aku dan aku ingin mengucapkan selamat datang kepadamu dan engkau akan mendapat layanan istimewa daripadaku.' Kemudian kubur akan meluas sejauh saujana mata memandang dan satu lubang dari satu arah yang membawa bayu yang menyegarkan bercampur harum-haruman akan masuk kedalam kubur tersebut dan damailah penghuninya sehingga hari qiamat.

Disatu pihak yang lain kubur berkata lain,'Diantara ramai manusia yang berjalan diatasku engkaulah yang paling aku benci, hari ini engkau telah diserahkan kepadaku dan tiada ucapan selamat datang untukmu bahkan engkau akan mendapat layanan yang buruk dariku.' Kemudian kubur akan menyempitkan ruang lalu menghimpit jasad sehingga tulang-tulang rusuk berceragah antara tulang didada kiri dengan tulang didada kanan lalu mengeluarkan bunyi berderap-derap dari tulang-tulang yang patah itu. Kemudian api akan dinyalakan dibawahnya dan 70 ekor ular akan dilepaskan kedalam kuburnya yang akan terus mematuk jasadnya sehingga hari qiamat. Panjang setiap seekor ular tersebut ialah sebulan perjalanan, kepalanya adalah sebesar kepala unta dan jika satu ekor dari ular tersebut melepaskan bisanya kedunia nescaya sehelai rumput pun tidak akan dapat hidup tumbuh lagi sehingga hari qiamat.

Jadi kiasan yang mudah kita faham begini;

Kubur adalah satu terminal menunggu bas. Jika kita telah membeli tiket bas ekpres awal-awal dengan tambang yang sesuai maka tempoh menunggu bas tidak lama, bahkan bas akan mematuhi waktu perjalanan yang dijanjikan. Kemudian apabila bas memulakan perjalanan kita mula tertidur sebab kelembutan pemandunya mengendalikan bas ditambah hawa-dingin yang cukup untuk membuatkan kita tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Beberapa minit kemudian pemandu memmaklumkan bahawa sudah sampai. Wahh... enaknya perjalanan.

Satu lagi adalah terminal bas yang sama namun tiket dibeli agak lewat, mungkin dari ulat tiket atau langsung tidak mempunyai tiket maka janji bas jam 9.00 malam boleh lajak sehingga 10.30 malam. Kemudian basnya pula aircond rosak, bumbung bocor, dinding dan lantai juga bocor menyebabkan airhujan serta asap enjin boleh masuk sampai membuatkan semua penumpang batuk dan sesak nafas.

Distinasi sebenar adalah sebuah pulau yang indah yang semua bercita-cita untuk kesana namun ramai antara kita tertipu juga dengan sandiket tiket palsu atau pakej yang menjanjikan penipuan dan kepalsuan. Sandiket ini pun nanti akan kita jumpa dalam keadaan menundukkan muka. Waktu itu ramai-ramai memaki hamun serta meludah mukanya namun dia akan berkata,'Aku tidak memaksa kamu mengikut aku bahkan kamulah yang terpedaya dengan bisikanku.' Lalu kesemua mereka menyesal dengan sesal yang teramat sangat.

Setelah sampai kedistinasi pertama (Padang Mahsyar) maka semua penumpang menunggu giliran untuk urusan passport. Pemegang passport emas mempunyai laluan khas dan ditanda dengan karpet merah. Pemegang passport biasa mengikut laluan biasa dan harus bersesak-sesak. Namun ada lagi satu kelompok pemegang passport emas tetapi mempunyai satu kelebihan yang jarang ada pada kebanyakan orang, yakni kad visa VVIP.

Setelah sampai giliran pemeriksaan passport maka beberapa soalan diajukan dan terpaksa mengisi borang lagi kemudian jika tidak lulus saringan passport pasti ditahan oleh pihak imigresen disatu pusat tahanan. Oleh kerana terlalu ramai di pusat tahanan imigresen maka makanan dan minuman pasti yang terburuk.

Semua mereka yang lulus kini telah menaiki kapal. Ada yang dapat duduk kelas pertama, ada yang kelas kedua dan banyak lagi kelas sehingga ada yang bergayut pada tali-tali yang memegang layar kapal tersebut. Beberapa orang yang tidak layak mendapat kelulusan kemasukan ke dalam kapal terpaksa bergayut dibahagian belakang kapal yakni bahagian yang paling bahaya.

Tatkala kapal meninggalkan pelabuhan ramai yang jatuh dalam lautan yang dalam itu, mereka lemas namun tidak mati. Perjalanan memakan masa seribu lima ratus tahun penuh dengan badai ombak yang dahsyat, ramai lagi yang jatuh lalu ditelan ikan cakok panas yang ekornya mempunyai rantai, yang dengan rantai tersebut ia mendapatkan mangsanya. Mereka terperangkap dalam perut ikan panas tersebut, keadaan gelap serta bunyi bising teramat sangat disertai jeritan dan laungan penghuninya.

Bagi mereka yang memegang kad VVIP mereka tidur dengan nyenyak dan dalam masa kira-kira sama waktu ketika menunaikan dua rakaat dalam solat mereka pun terjaga dan telah sampai tempat dituju lalu semua berkumpul dihadapan beberapa buah pintu yang besar. Paling hadapan ialah seorang yang mempunyai kad paling istimewa sedang mengetuk pintu. Dum...dum...dum... kama penjaga tempat tersebut bertanya siapakah yang mengetuk pintu itu lalu dijawab oleh ketua yang berada dihadapan itu.'Aku... Muhammad s.a.w. yang mengetuk pintu.' Lalu terdengar suara penjaga dari dalam, katanya,'Aku hanya akan membuka pintu untuk Muhammad dan orang-orangnya sahaja kemudian barulah ketua-ketua yang lain beserta orang-orangnya dibenarkan masuk.'

Wahh... hebatnya kita. Kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w dan kitalah yang akan mula-mula masuk kesyurga. Kaum-kaum yang lain yakni kaum dari Nabi Isa a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Ibrahim a.s. serta Nabi-nabi terdahulu beserta dengan umat-umatnya diharamkan memsauki syurga kecuali semua umat Muhammad s.a.w. masuk terlebih dahulu walhal jika dibandimgkan mereka (umat terdahulu) dengan kita, kita inilah yang terkecil, mereka besar-besar. Kitalah yang umur pendek-pendek walhal mereka umur panjang sehingga ada yang mencecah hayat sehingga tiga ribu tahun.

Keistimewaan yang Allah ta'ala berikan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a,w, jangan kita abaikan, gunakanlah peluang tersebut untuk menempah perjalanan yang selesa, siapkan bekalan untuk perjalanan yang panjang itu. Pastikan dalam beg kita ada semua keperluan dalam perjalanan seperti dukumen yang sah, sedikit makanan dan minuman, ubat-ubatan serta beberapa helai pakaian. Kita harus memastikan semua bekalan mencukupi sebelum kita bertolak kesana sebab tarikh dan waktu berlepas semua kita belum tahu. So... kena sentiasa bersedia.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...