Sabtu, 5 Mei 2012

[ Bahaya Ke !! ] Amaran Tidur Selepas Makan Boleh Membahayakan Kesihatan!!! Jom Bongkarkan…


makana10 (Gambar) Amaran Tidur Selepas Makan Boleh Membahayakan Kesihatan!!! Jom Bongkarkan...
Pastinya kita pernah dengar nasihat ”Jangan terus tidur selepas makan”? Ada yang menganggap ianya cepat gemuk.. Dulu, nenek kita ada cakap, ”Habis makan terus tidur, nasi kamu naik ke dada terus ke paru-paru. Nanti dadanya terasa panas.”
 
Kita fikir itu hanya mitos belaka. Ternyata sains pun ada mengatakan apa kata nenek, tentu saja dengan jawapan yang lebih ilmiah. Nah, apa saja bahaya langsung tidur setelah perut penuh makanan?

Rasa Panas Di Dada


chest (Gambar) Amaran Tidur Selepas Makan Boleh Membahayakan Kesihatan!!! Jom Bongkarkan...
Saat tubuh tidur dan berehat, sebenarnya sistem pencernaan justru akan bekerja lebih keras. Langsung tidur sesudah makan boleh meningkatkan kadar asam lambung dan mencetuskan sakit maag. Kadang-kadang boleh juga menimbulkan rasa panas pada perut, dada, dan tekak.
Berat Badan Naik
gemuk (Gambar) Amaran Tidur Selepas Makan Boleh Membahayakan Kesihatan!!! Jom Bongkarkan...
Makan larut malam sebelum tidur berbahaya kerana membuat tubuh membina lemak lebih banyak. Jadi kalau kelaparan saat terbangun tengah malam, snek sihat seperti buah-buahan dan salad lebih disyorkan untuk diambil daripada makanan seperti kuih-muih, pizza, mie, atau nasi sekali pun.
Tenggorokan Terbakar
sore throat (Gambar) Amaran Tidur Selepas Makan Boleh Membahayakan Kesihatan!!! Jom Bongkarkan...
Terjadinya refluks asid. Gastroesophageal reflux diseases (GERD) atau refluks asid adalah tidak menutupnya injap antara perut dan kerongkong. Hal ini membolehkan asid perut untuk menjalar ke tekak dan menyebabkan sensasi tekak terbakar.
Serangan Strokeeffects of stroke (Gambar) Amaran Tidur Selepas Makan Boleh Membahayakan Kesihatan!!! Jom Bongkarkan...
Hasil sebuah kajian yang dilakukan University of Ioannina, Greece, mendapati bahawa perilaku segera tidur setelah makan dapat meningkatkan risiko kita mengalami serangan stroke. Kajian yang melibatkan 500 responden orang sihat mendapati bahawa orang yang mempunyai rehat yang paling lama antara makan dan tidur mempunyai risiko terendah untuk mengalami stroke.
Ada dua teori yang dapat menjelaskan hasil kajian ini. Pertama, refluks asid yang terjadi bila kita akan tidur selepas makan mungkin meningkatkan terjadinya apnea tidur atau nafas terhenti selama tidur yang boleh menyebabkan serangan stroke.
Teori kedua mengemukakan, stroke boleh terjadi disebabkan oleh kerasnya kerja sistem pencernaan kita yang memberi kesan pada peningkatan tekanan darah, kadar gula darah dan kolesterol yang nantinya boleh mencetuskan terjadinya stroke.
Bila sebaiknya kita boleh tidur selepas makan? Yang terbaik adalah 2 jam selepas itu.
 dhanian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...