Seorang wanita berusia 76 tahun melawat doktor kerana mengalami penurunan berat badan dan cirit-birit yang teruk. Siasatan segera dibuat dan mendedahkan bahawa kawasan usus besar wanita itu telah meradang hingga menyebabkan sakit perut.
Doktor di Royal Devon & Exeter Hospital Foundation Trust kemudian membuat imbasan menemui pen di perut pesakit terbabit. Pasukan perubatan memutuskan bahawa mereka harus membuang pen itu segera kerana terdapat risiko ia boleh merosakkan bahagian perut. Selepas dikeluarkan dari perut pesakit, pen itu masih boleh digunakan seperti biasa.
Soal siasat ke atas pesakit mengatakan bahawa 25 tahun lalu dia telah menggunakan pen untuk mencucuk tonsilnya sambil melihat ke cermin. Dia tertelan pen itu secara tidak sengaja apabila terjatuh ke hadapan pada waktu yang sama. Penjelasan wanita ini ditolak pada waktu itu selepas ujian x-ray mendapati abdomennya normal.
P/s: Pen jenama apa ni, mesti popular lepas tu...
budakbotak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan