1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
6. Kedatangan haid atau nifas.
7. Gila sekalipun hanya sekejap masa.
8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
9. Bersalin.
10. Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.
Haa.. ni la sedikit sebanyak perkara yang boleh membatalkan puasa.. jadi kena alert la yek.. selamat menjalani ibadah puasa :)
nizarazu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan