Puding Karamel adalah puding yang paling digemari pada bulan Ramadan tetapi harganya agak mahal kerana menggunakan telur yang banyak dan susu cair . Bagi keluarga yang ramai, agak ketat jugalah untuk membeli puding ini di Bazar Ramadan.
Jadi puan-puan, marilah kita memasak sendiri Puding Karamel. Klik link ini untuk mendapatkan resipinya Tips Memasak dan Resepi Puding Karamel
Walau bagaimana pun, saya tak berapa suka dengan puding karamel yang biasanya menggunakan telur. Agak muak. Jadi untuk mendapakan rasa yang ‘kena dengan tekak’, saya lebih suka Puding Roti Karamel. Teksturnya lebih keras dan mudah dipotong.
Karamel sebenarnya adalah bahagian gula hangus di bawahnya tetapi bila diterbalikkan untuk disajikan, menjadi bahagian atas. Ada dua cara membuat Puding Karamel – dibakar di dalam ketuhar atau dikukus.
Puding Roti Karamal menggunakan cara kukus. Mula-mula kita sediakan bahagian gula hangus terlebih dahulu.
Bahan dan Cara Membuat Gula Hangus.
- 3 sudu besar gula dimasak di dalam kuali sehingga perang.
- Masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga gula larut.
- Tuang ke dalam loyang dan diketepikan.
Bahan-bahan Puding Roti Karamel
- 4 keping roti gardenia dicarik-carik
- 1 cawan air suam
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 3 biji telur dipukul sedikit
- 1 sudu teh esen vanilla
- Blender roti , air suam, susu pekat dan susu cair hingga sebati
- Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi hingga sebati.
- Tuang ke dalam loyang yangberisi gula hangus tadi.
- Kusus lebih kurang 40 minit.
Senang, kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan