Selasa, 3 September 2013

30 Orang Yang Pertama Dalam Islam

Agak menarik perkongsian senarai 30 orang Islam yang pertama mengikut kategori masing-masing.

pertama
Semoga senarai ini menjadi pedoman kepada kita agar tawaduk dan berusaha ke arah kebaikan..

Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.




Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.


Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

Orang yang pertama menghafal Al-Qur’an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.

Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.

Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

P/s: Kalau tak mampu jadi yang terbaik, jadi baik pun dah okay :)
sumber: fitrihadi.com/amekaw

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...