Rabu, 4 September 2013

Apakah Ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga?

Bagaimana  mahu menjadi wanita atau isteri solehah yang akan dekat dengan pintu syurga. Adakah perlu warak, memakai purdah atau pandai membaca al-Quran? Berikut merupakan 10 ciri isteri yang dekat dengan syurga.

 n00060249-b
1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa suami adalah pemimpin kaum wanita.
 


2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selagi tidak diajak dalam hal kemaksiatan.

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak keluar rumah dengan sewenang-wenangnya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang sentiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri.Murah senyum agar sang suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

Ya ALLAH..Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami, yang akan beroleh keredhaanMu.
pakar cinta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...