Sumber : The Economist
Hutang negara Malaysia terkini : Bukan
tidak cakap, dah cakap. Bukan tidak prihatin dengan masalah negara,
tetapi malangnya masing-masing yang berkuasa tidak bersedia untuk
muhasabah diri untuk memperbaiki diri.
Daripada tahun lepas lagi, Berita Semasa telah kongsikan amaran awal daripada Fitch Rating & Standard & Poor’s tentang masalah boros berbelanja dan pengurusan kewangan negara yang tidak baik sehingga menyebabkan hutang kerajaan Malaysia terus melambung
tinggi tidak setanding dengan pulangan pendapatan yang dinikmati
negara. Akhirnya negara terus membentangkan bajet defisit setiap tahun.
Nah……
- Kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan bagi menangani defisit fiskal
- Akhirnya, Penarafan prospek negara kini dinilai sebagai “negatif” oleh agensi penarafan Fitch Rating.
Amaran sudah diberikan, tetapi tetap
tiada daya usaha untuk berubah di pihak atasan, hanya rakyat diminta
untuk merubah cara hidup. Anda boleh baca semula laporan yang Berita
Semasa keluarkan mengenai amaran awal Fitch Rating, Standard &
Poor’s serta Moody Investor Service
Hutang Negara Malaysia Terkini : Penarafan “Negatif” oleh Agensi Penarafan Fitch Rating.
- Sebuah negara yang bernama Malaysia yang terkenal dengan kekayaan sumber alam tiba-tiba mahu melakukan langkah penjimatan secara drastik. Mesti ada sebabnya?
- Malangnya setiap kali negara dilanda masalah kewangan, kebanyakan kesannya banyak dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah dan golongan pertengahan
Hutang Negara Malaysia Terkini : Kesan Rantaian Kenaikan Kos Bahanapi
Hakikatnya, status kewangan negara yang sedang berdepan krisis ditambah dengan hutang kerajaan Malaysia terkini terus melonjak tinggi. Kehidupan
rakyat Malaysia yang diibaratkan tinggal di “syurga” bernama Malaysia
selama ini akhirnya ditarik kenikmatan sedikit. Dan inilah realiti yang
perlu rakyat Malaysia hadapi sekarang.
Baru kelmarin diumumkan kenaikan harga
minyak RON 95 & minyak diesel sebanyak 20 sen, sudah ada perkhabaran
kurang baik yang sudah dijangkakan pun sebenarnya di amna tambang bas
bakal naik, tarif elektrik akan naik dan semestinya harga barang
keperluan di luar sana.
Sejurus daripada pengumuman kenaikan
harga minyak RON 95 & diesel, kenaikan kos sara hidup rakyat
Malaysia inflasi negara akan terus melonjak kepada 2.3& (kenaikan
sekitar 0.3%)
Dengan faktor seperti :
- Pertumbuhan ekonomi yang agak perlahan di China
- Ketidakstabilan negara-negara Timur Tengah
- Kelemahan nilai ringgi Malaysia
- Belanja, belanja dan terus berbelanja mewah serta korupsi sehingga tidak mengendahkan kesan yang perlu dihadapi rakyat Malaysia atas nama survival politik masing-masing
- Nilai eksport komoditi utama mula jatuh dengan ketara sehingga menyebabkan pulangan cukai kepada kerajaan kian menyusut
Semua di atas adalah antara resipi
lengkap yang membawa bencana kepada ekonomi Malaysia sekarang ini.
Nah…sekarang rakyat Malaysia perlu menanggung kesan daripada kewangan
negara yang “tenat” ketika ini dengan hutang kerajaan Malaysia terkini,
bermula daripada sekarang. Apa respon balas anda pula?
berita semasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan