image-19113 

Seperti diwar-warkan sebelum ini, Samsung akhirnya melancarkan Galaxy Gear dan Galaxy Note III dalam sidang akhbar mereka pada 4 September 2013. Galaxy Gear merupakan jam tangan pintar buatan Samsung dikeluarkan sebagai aksesori untuk pengguna telefon pintar khususnya rangkaian telefon pintar berjenama Galaxy dibawah keluaran Samsung.





Galaxy Gear dibina berasaskan sistem operasi Android, memiliki skrin sesentuh Super AMOLED bersaiz 1.63 inci dengan resolusi maksima 320 x 320 pixels. Galaxy Gear turut memiliki kamera 1.9 pixels di bahagian hadapannya yang mempu merekod video berdefinasi tinggi pada 720p.

Cip pemproses dipasang ke dalam Galaxy Gear adalah Samsung Exynos 800MHz beserta RAM512MB. Memori dalaman Galaxy Gear adalah sebanyak 4GB manakala baterinya pula berkuasa 315mAh, pengecasan semula bateri boleh dilakukan melalui palam USB mikro. Terdapat Bluetooth, accelerometer dan gyroscope. Tiada WiFi mahupun GPS kerana Galaxy Gear dicipta untuk berfungsi menggunakan Bluetooth sepenuhnya.

 https://lh5.googleusercontent.com/-tvKwuilgqcU/UifgHEYV31I/AAAAAAAAIik/16xqz0b2vzY/s800/iAwani-samsung-galaxy-gear-specs-spesifikasi-malaysia-002-gambar-harga.png
Tebal Samsung Galaxy Gear adalah 11.1mm manakala beratnya pula adalah 73.8g. Apabila keluar ke pasaran kelak, Galaxy Gear bakal dijual dalam warna Jet Black, Mocha Gray, Wild Orange, Oatmeal Beige, Rose Gold dan Lime Green.

Harga rasmi dan tarikh penjualan bermula tidak diberitahu oleh Samsung, namun Galaxy Gear akan dikeluarkan ke pasaran seiring dengan penjualan Samsung Galaxy Note III.http://www.iawani.com