Selasa, 3 September 2013

[Unik] Syiling Tersilap Cetak Tahun 1919 Akan Dijual 600,000 Kali Ganda Dari Nilai Asal

Kebanyakkan dari kita sekiranya menemui duit syiling yang tidak sempurna atau tersalah cetak, sudah pasti ia akan dibuang kerana dianggap tidak bernilai..Namun, sekeping duit syiling bernilai 1 sen dari tahun 1919 yang dikatakan tersilap akibat dicetak di atas logam berlainan akan dijual sebanyak 600,000 kali ganda dari nilai asalnya..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Ia hampir dileburkan ke dalam relau apabila dianggap sekeping logam tidak bernilai apabila ia telah dibuang pada tahun 1919.

Tetapi sekarang, duit syiling bernilai satu sen yang dianggap 'tak berguna' itu boleh dijual lebih daripada £ 2,500 - 600,000 kali ganda dari nilai asalnya.
 

Syiling tersebut yang dibuat dari campuran tembaga dan nikel dan bukannya gangsa, adalah satu-satunya yang wujud akibat kesilapan semasa proses mencetak.

Ia telah dibuang pada 1919 selepas Royal Mint di London subkontrakkan kerja tersebut untuk sebuah kilang di Kings Norton, Birmingham, kerana berdepan dengan kesibukkan membuat medal perang.

Pada masa itu, Kings Norton Metal Company telah membuat matawang British West Africa untuk kegunaan di negara-negara jajahan seperti Ghana, Nigeria, Sierra Leonne dan Gambia.

Semasa proses pembuatan, jurutera telah tersilap memasukkan bahan mentah dan ia telah dibuat dalam kuantiti yang banyak.

Apabila kesilapan itu disedari, ada yang dibuang ke dalam relau dan ada sebahagian disimpan oleh jurutera.

Duit syiling tembaga-nikel itu kemudiannya diserahkan kepada Francis Edward Brown, seorang usahawan tempatan, dan kekal dalam keluarganya sejak itu.

Turut bersama mengiringi syiling itu adalah surat daripada Encik Brown di mana beliau menggambarkan ia sebagai syiling nikel yang wujud satu-satunya di dunia ini.

Kertas kerja membuktikan sejarah syiling yang akan dimasukkan ke dalam lelongan. Pada tahun 1919 terdapat 240 sen dalam satu paun.

Daniel Fearon, pakar syiling di syarikat lelongan Woolley dan Wallis, berkata bahawa Royal Mint telah mengesahkan syiling tersebut adalah asli.

Beliau berkata: "Syiling ini tidak mempunyai status rasmi kerana ia tidak memasuki edaran".

"Berikutan perang yang melanda, Royal Mint sangat sibuk menyiapkan pingat perang yang menarik dan mereka telah subkontrakkan banyak kerja kepada Kings Norton Metal Company berhampiran Birmingham"

"Duit syiling ini mungkin mempunyai nilai muka yang kecil tetapi ia adalah unik".

"Anggaran kami adalah sehingga £2,500 tetapi ia boleh dijual lebih tinggi dari itu." - DailyMail



p/s: Lepas ni kalau jumpa duit silap cetak, pakat-pakat la simpan, sampai 7 generasi, boleh tolak harga tinggi..Hehehe
 http://drysheet.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...