Gambar Xperia Honami atau dipanggil sebagai Xperia Z1 telah dimuat
naik ke internet, gambar muka hadapan Xperia Z1 Honami adalah seperti di
atas.
Telefon pintar Android ini mendapat perhatian ramai kerana menjadi model penerus kepada Xperia Z yang menjadi flagship smartphone Sony lagipun ia bakal muncul dengan kamera digital berkuasa 20.7 mega pixels, kuasa lensa yang pertama seumpamanya di kalangan telefon pintar Xperia.
Gambar Xperia Z1 “Honami” yang tertiris itu menampilkan sebuah
telefon pintar menyamai rupa paras Xperia Z juga Xperia ZL di bahagian
luar, di bahagian tepi juga dibahagian belakang. Hanya bahagian luar
yang nampak sama namun spesifikasi dalaman Xperia Z1 Honami agak berbeza
dengan smartphone Xperia lainnya.
Label 20.7MP tertulis di bahagian belakangnya berhampiran lensa
kamera terletak di bawah huruf ‘G’. Beberapa lagi gambar pandangan dekat
Xperia Z1 Honami khususnya pandangan sisi dan pandangan belakang kami
paparkan di bawah.
Pada bahagian tepi Xperia Z1 Honami terlihat butang kawalan suara,
butang kuasa (ON button), slot untuk kad memori MicroSD dan butang shutter kamera. Xperia Z1 Honami bakal ditampilkan sebagai telefon pintar dengan kamera berkuasa tinggi, bukti jelas Sony mahu menguasai mobile photoghraphy sepertimana dilakukan Nokia juga Samsung.
Sony terbukti mengikut jejak langkah Nokia yang mengeluarkan PureView
808 juga Lumia 1020 dimana kedua-dua telefon tersebut memiliki kamera
berkuasa tinggi berjumlah 41 mega pixels setiap satu. Samsung Galaxy S4 Zoom pula hanya memiliki kamera 16 mega pixels sahaja.
http://www.iawani.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan