Ayat Motivasi dan Mutiara Kata
1❖ Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
2❖ Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
3❖ Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
4❖ Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
5❖ Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
6❖ Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
7❖ Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
8❖ Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
9❖ Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
10❖ Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
11❖ Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
12❖ Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
13❖Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
14❖ Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
15❖ Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
16❖ Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
17❖Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
18❖ Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
19❖ Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
20❖ Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Pssst: So itu sahajalah. Lepas ni di Aminin Dot My setiap hari isnin, boleh lah Am merapu dengan entri yang nampak motivasi, tapi sebenarnya lebih kepada sindrom memotivasi'kan diri sendiri. Renung-renungkan dan selamat...? Err.. Err... ape-ape je lah.
http://www.aminin.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan