Selasa, 5 November 2013

USS Zumwalt : Kapal Perang Stealth Terkini Amerika Syarikat

Teknologi kalis pengesana radar ataupun stealth sudah wujud sejak Perang Dunia Kedua. Saintis Nazi berjaya menghasilkan Horten Ho 229, pesawat pejuang pertama dengan teknologi stealth. Sungguhpun begitu pesawat "sayap terbang" ini tidak mampu menyelamatkan Jerman dari kalah ditangan tentera berikat. Selepas perang berakhir ratusan saintis Nazi ditangkap oleh Amerika Syarikat dan mereka kemudian meneruskan kajian teknologi stealth untuk Amerika Syarikat.

 Pada dekad 1990an kita dikejutkan dengan pesawat B 2 Stealth Bomber dan F117 Nighthawk yang mampu menyerap isyarat radar dan menjadikannya halimunan dari sistem pengesan udara Iraq. Teknologi stealth kini digunakan untuk kenderaan darat dan juga laut. Sea Shadow ialah bapa segala kapal laut stealth. Projek rahsia ini dimulakan pada tahun 1983 seiiring dengan F117 Nighthawk dan hanya diketetahui umum pada tahun 1993. Ia menjadi pentas ujian teknologi stealth yang akan digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.



Tahun ini Amerika Syarikat melancarkan USS Zumwalt yang merupakan kapal laut stealth terkini mereka. Tiga buah kapal pemusnah kelas Zumwalt akan dibina dan setiap satu kapal moden ini menelan belanja USD 3.3 Billion (RM 10.4 Billion). Ia boleh berfungsi sebagai kapal pengiring, pemusnah kapal selama, plaform melancarkan misil dan pentas bedilan darat jarak jauh. Sistem perkomputeran terkini juga digunakan bagi memastikan Zumwalt dalam mengalahkan musuh dengan lebih mudah. Ianya juga kapal perang pertama di dalam inventori tentera laut US yang mempunyai sistem skrin sesentuh bagi mempercepatkan proses mengesan dan memusnahkan musuh yang berani mendekatinya. Kapal sepanjang 180 meter ini mempunyai bentuk yang aneh dan sangat berbeza dari rekaan kapal laut konvensional. Sekali lihat nampak seperti origami.  

Memang Zumwalt ini canggih tapi kami rasakan ianya terlalu mahal untuk dihasilkan sedangkan Amerika Syarikat kini semakin muflis! 




 
 
 
 

Laporan asal Wikipedia/ blog serius

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...