Rabu, 6 November 2013

Resepi - Daging Tumis Daun Limau


Untitled  

 jOM LAYAN

Bahan-Bahan

  • 300 gm daging lembu dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 3 ulas bawang merah dicincang halus
  • 2 batang serai dititik dan dihiris halus
  • 2 biji cili kering dicincang
  • 6 helai daun limau dibuang tulangnya dan dihiris halus
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 3/4 sudu teh gula melaka dikikis
  • 500 ml santan pekat
  • 3 biji tomato dibelah dua
  • 1 tangkai daun sup
  • 2 sudu makan minyak masak untuk menumis

Kaedah dan Langkah-Langkah

  • 1. Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya
  • 2. Tumiskan bawang putih,bawang merah,serai,cili kering yang dicincang serta daun limau sehingga naik bau.
  • 3. Masukkan daging dan kacau hingga berubah warna daging
  • 4. Masukkan asam jawa,serbuk ketumbar,garam,serbuk lada sulah serta gula melaka.
  • 5. Kemudian,tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga pekat dan sehingga daging empuk.
  • 6. Akhir sekali,masukkan tomato serta daun sup sebagai hiasan dan kacau rata.
  • 7. Siap untuk dihidang
 http://www.resepicheff.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...