Talkum
tidak disenaraikan sebagai bahan larangan di dalam formulasi produk
kosmetik dan digunakan dalam sesuatu sediaan kosmetik kerana mempunyai
ciri seperti menyerap kelembapan, agen pelincir, penyejuk dan pembawa
bahan pewangi. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Formulasi bedak
talkum yang dipasarkan di Malaysia oleh syarikat Johnson & Johnson
mematuhi keperluan yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Produk
Kosmetik di Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bedak talkum diperbuat daripada talkum yang juga dikenali sebagai 'hydrated magnesium silicate' yang wujud secara semulajadi.
"Talkum boleh dikelaskan kepada gred industri dan gred kosmetik/farmaseutikal dan talkum gred kosmetik/farmaseutikal lazimnya lebih tulen dan tidak mengandungi asbestos (bahan yang dipercayai boleh menyebabkan kanser)," katanya.