Khamis, 8 Mac 2012

SBPA Terbaru : Pengumuman Datuk Najib di PICC (LIVE). SBPA BATAL

Seperti yang dijanjikan hari ini, sedang diadakan satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Sekarang ini sedang berlangsung perhimpunan tersebut.

Dan Datuk Najib sedang memberikan ucapannya ketika ini. Ini yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam di seluruh Malaysia sebenarnya. Biasalah untuk permulaan, mukadimah seperti telah disusun elok dan disampaikan oleh Datuk Seri Najib Razak dengan baik. Dan….kami akan kemaskini apa yang berlaku di PICC daripada masa ke semasa di sini…..


Antara isi penting ucapan & pengumuman Datuk Najib mengenai SBPA :
  • Datuk mencerita semula perjalanan dan struktur SBPA semasa mula-mula diperkenalkan
  • Datuk Najib mengumuman Struktur SBPA telah dibatalkan
  • Tetapi SSM akan ditambahbaik
  • Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam
  • Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
  • Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
  • SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan adalah mengikut gred masing-masing
  • Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
  • Bersambung……
beritasemasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...