Isnin, 10 November 2014

Manfaat Garam Yang Mungkin Tak Diketahui

Garam ialah sejenis galian yang terasa masin dan  mengandungi komponen utamanya iaitu natrium klorida. Garam penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti yang kecil namun bahaya jika diambil secara berlebihan. Garam selalunye digunakan oleh isteri dan ibu kita sebagai penambah rasa kepada makanan semasa memasak, namun samada korang sedar atau tak, terdapat pelbagai lagi manfaat garam yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita. Jom tengok antara manfaat yang boleh korang dapat daripada garam…
  • Garam boleh digunakan untuk membezakan kualiti telur sama ada ianya bagus atau tak. Telur yang baik akan tenggelam jika dimasukkan ke dalam air garam
  • Garam akan mempercepatkan proses air untuk mendidih atau masak
  • Jika korang tak habis makan buah epal yang sudah dikupas kulitnya, jangan buang terus. Rendam ke dalam air garam dan buah itu akan sentiasa segar








  • Garam boleh mempercepatkan proses pengembangan putih telur semasa putih telur dikacau di atas kuali
  • Garam merupakan bahan pengawet semulajadi dan melambatkan sesuatu makanan tersebut daripada basi
  • Garam mampu menghilangkan bau tangan selepas korang kupas bawang atau membersihkan ikan


  • Kulit kacang yang direndam ke dalam air garam lebih mudah untuk dikupas
  • Korang boleh hilangkan kotoran degil pada kabinet dapur korang dengan tabur garam di tempat kotor tersebut sebelum disabun
  • Garam boleh menghapuskan semut


  • Teko yang meninggalkan kesan air di dalamnya mampu dibersihkan dengan menggunakan garam yang dicapur dengan ais
  • Kain yang terkena darah boleh dibersihkan dengan garam dengan cara tabur garam ke bahagian terkena darah tersebut sebelum dicuci
  • Garam boleh menghilangkan bau peti sejuk. Caranya dengan campurkan garam dengan ‘baking soda’, bungkus campuran tadi dengan kain basah dan letak di dalam peti ais


  • Garam juga boleh bertindak sebagai pemadam api
  • Bunga yang baru dipetik, boleh dikekalkan kesegarannya jika pasunye disiram air garam
  • Garam juga mampu membasmi ulat pada tumbuhan. Caranya ialah dengan campurkan garam dengan air sabun dan sembur ke bahagian pokok
  • Garam mampu menghilangkan kutu pada haiwan dengan cara campur garam dengan air suam, kemudian rendam haiwan dalam campuran air tersebut
mrrizalpage.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...