Khamis, 13 November 2014

Jom tengok Foto Pertama Yang Merakam Imej Manusia Hidup


Gambar di atas dipercayai gambar  pertama yang merakamkan imej manusia di dunia.

Menurut laporan di laman akhbar Huffington Post, ia diambil oleh Louis Daguerre yang mengilhamkan fotografi jenis daguerreotype yang merupakan proses foto paling awal.

Gambar bersejarah ini dirakamkan di Paris pada tahun 1838, menunjukkan seorang lelaki sedang mendapatkan khidmat pengilap kasut (lihat kiri bawah gambar).
 


Foto ini diberikan nama Jacques Louis Daguerre (French 1787-1851), Boulevard du Temple, Paris yang disahkan sebagai gambar paling awal merakamkan seorang manusia yang hidup.

Gambar lelaki itu kelihatan jelas di dalam gambarm bagaimanapun seorang pakar fotografi Amanda Uren, berkata berkemungkinan orang lain yang berada di dalam gambar itu sedang bergerak pantas sehingga imej mereka gagal dirakamkan.

“Lelaki itu pastinya berdiri tetap dan tidak bergerak, kerana imejnya jelas.

Daguerreotype of Boulevard du Temple
“Tukang pengilap kasut bagaimanapun kelihatan agak kabur,” kata Amanda.

Menjawab soalan berapa lama masa diambil untuk merakamkan gambar itu, beliau berkata jangakamasa pendedahan plat kepada cahaya bergantung kepada jumlah cahaya yang ada pada masa itu dan juga lensa yang digunakan.

Mengikut fakta, Daguerre menghasilkan gambar pertamanya pada 1837. –
mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...