Rabu, 19 November 2014

Tips - Idea Jimat Cermat Jika Tak Cukup Duit Setiap Bulan



Kita semak penyata pendapatan, kita mendapati duit keluar lebih banyak dari duit yang masuk. Itu namanya situasi aliran tunai negatif.

Maka situasi yang sebegitu mesti diatasi segera.

Aliran tunai negatif ini ibarat paip bocor. Kalau tidak dibaiki, maka bocor itu makin besar.

Berikut adalah 12 idea jimat cermat tambahan yang dapat kita buat:





1. Guna pengangkutan awam

Kalau duduk di Kuala Lumpur khususnya, pergi ke tempat kerja naik LRT atau motor. Cepat dan murah. Naik kereta melibatkan kos lain seperti parking, minyak dan tol.

2. Bawa bekal makanan

Masak yang simple sahaja. Telur dan ayam goreng letak sambal atau kicap. Cukup.

Dapat isteri pula yang tolong buatkan, ada perasa kasih sayang yang makcik nasi lemak tak boleh bagi.

3. Berhenti merokok.

Kaedah paling berkesan. Kesihatan pun terjaga.

Kalau sehari RM 10 habis untuk rokok, berapa habis untuk sebulan? Berapa habis dalam setahun? Pernah kira ?

4. Berjimat jika makan di luar

Air sirap ais sekarang pun dah mahal. RM1.30 segelas bila letak ais. Baik minum sahaja air kosong. Terbaik, kombinasi cara #2.

5. Rancang perbelanjaan di pasar raya

Menulis terlebih dahulu senarai barang yang hendak dibeli sebelum ke pasar raya dan bawa wang secukupnya sahaja.

6. Semak keperluan ASTRO.

Kadang-kadang di dalam sebulan, hanya 2-3 kali sahaja kita menonton Astro. Tapi masih perlu bayar penuh. Aduh!

Atau dari ratusan saluran yang kita langgan, saluran mana yang paling kita suka tonton. Sudah lah mahal, hujan tiada siaran. Unifi TV ?

7. Selamat tinggal surat khabar.

Tak perlu beli suratkhabar, baca sahaja di internet. Akhbar online pro kerajaan pun ada, akhbar online pro pembangkang pun ada.

Percuma.

8. Elak ke pawagam

Tonton wayang? Tak payahlah. Beli tiket kemudian beli air dan pop corn lagi. Haish.

Cari sahaja di internet, percuma. Youtube pun dah banyak benda menarik. (Zed Zaidi jangan marah noo…)

9. Bundle pun ok

Beli baju di pasar malam untuk pakaian yang digunakan sekadar untuk pergi bermain bola, sekadar untuk pakai di rumah dan sebagainya. Tidak perlu berbelanja beratus ringgit semata-mata hendak orang kata “Wow, jersi Liverpool original la”.

10. Langganan kelab

Semak keahlian-keahlian kelab tertentu yang kita ada. Betul kah kita manfaatkannya?

11. Basuh sendiri kereta.

Tak perlu nak habiskan RM10 untuk benda yang kita sendiri boleh buat. Anak dah besar dapat bantu, boleh eratkan silaturrahim. Kalau duduk di Selangor kan ada air percuma. Hi hi hi.

12. Banding! Banding! Banding!

Buat perbandingan harga sebelum membeli produk yang bukan untuk kegunaan harian seperti perabot dan sebagainya. Semak harga di 2-3 kedai yang berlainan untuk tahu harga pasaran untuk produk tersebut.

 schods.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...