Ahad, 30 November 2014

Menakjubkan! Fenomena Hujan Air Batu Sebesar Bola Golf di Australia.


Cuaca saat ini tidak menentu, lebih-lebih lagi musim tengkujuh telah tiba di sebahagian besar bandar di dunia. Namun adakalanya hujan yang datang tersebut tidak menentu, seperti disertai angin yang kencang, dan intensitas yang deras.

Kali ini hujan lebat melanda Queensland, Australia, menumbangkan tiang elektrik dan memutuskan pengangkutan bandar. Namun yang lebih menakutkan lagi, hujan tersebut tidak datang dengan biasa, tetapi membawa ais sebesar bola golf dan membuat banyak cermin kaca kenderaan pecah.
 


Hujan yang datang dengan laju dan kencang ini juga membalikkan sebuah kapal terbang Hujan yang datang hanya 20 minit tersebut, membuat banyak orang panik.

Dan menurut ahli kaji cuaca, Richard Wardle, berkata jika hujan yang berlaku pada hari Khamis, 27 November tersebut, merupakan yang paling teruk yang pernah tercatat.


Kira-kira 90,000 rumah gelap gelita, menyusul bekalan elektrik yang terputus. Banjir juga menyebabkan banyak kenderaan terperangkap di jalan.

Bencana ini membuat kerajaan Australia memberikan bantuan, dengan menurunkan tenteranya untuk membantu mengatasi bencana tersebut.
 
 
 

gaban comel
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...