Isnin, 31 Oktober 2011

Rosmah Mansor beli mutiara $150,000 di Perth, Australia

Oleh Milo Suam


ISTERI Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang diketahui umum sebagai seorang yang boros dan gemar bermewah-mewahan dengan pelbagai barangan mahal, kali ini kantoi lagi.

Sewaktu mengikuti suaminya Najib Razak ke persidangan negara-negara komenwel, CHOGM di Perth Australia, menurut Akhbar The West Australia, Rosmah Mansor dilaporkan telah membeli sejumlah mutiara bernilai $150,000 (RM387,888).

Malah anak perempuannya juga turut berbelanja sakan di David Jones sehingga $60,000 (RM193,944).



Suaminya menyarankan agar rakyat semua berbelanja secara berhemah memandangkan ekonomi berada di dalam keadaan yang tidak menentu. Dalam masa yang sama isteri dan anaknya sendiri berbelanja sakan bagaikan tiada hari esok.


Rosmah Mansor bergaya dengan perhiasan mutiara bersama delegasi asing



ReJaM© "Pemimpin begini takkan faham kesusahan rakyat..."

lebih 10,000 ekor kucing di bunuh dan di makan di china... sangat kejam ...!!!!

assalamualaikum...
biarkan gambar2 ini bercerita...







   tak habis lagi dengan isu seorang kanak2 di negara china yang di langgar , tp tiada yang peduli... satu demi satu  keburukan dan kekejaman yang berlaku di china di sebarkan... gambar2 di atas sebagai bukti betapa kejamnya rakyat china terhadap binatang... 

     ni lah dy kucing2 terbiar kat china...  di tangkap dan dikurung dalam satu bekas yang teramatlah sempit dan padat nya... hampir setiap hari, lebih 10000 ekor kucing di bunuh dan di jadikan makanan... di jual kat pasar2 tani macam org jual ayam daging... 

   saya sebagai seorang animal lover especially cat ni... mmg panas tengok pic2 kat atas ni... xde perasaan langsung... sanggup binatang yang comel n gebu tu di di kurung, di siksa, di bunuh n di makan... mudah-mudahan diorg semua ni dapat pembalasan dari ALLAH, atas sikap tak berperikemanusiaan diorg ni kat binatang kesayangan rasullah ni...



    sama-sama lah kita hentikan penderaan haiwan... bersyukur yang tak terhingga sebab di atas muka bumi malaysia ni, masih ada lagi pencinta- pencinta haiwan especially kucing ni..  semoga kalian semua sejahtera hendak nya dalam peliharaan ALLAH, di samping doa2 si comel yang kalian semua selamat kan... khas buat kak shomey shayangpapa hero, papa meow n yang lain-lain...

    lastly, tengok video ni dulu... sebagai bukti kekejaman orang2 china kat negara china ni... sayu je tengok... kucing2 yang comel ni di perlakukan sampai macam ni... harap2 kekejaman macam ni tak terjadi lah kat malaysia ni... amin... /budak botak.com



Fadhilat Bulan Zulhijjah

Amalan Di Bulan Zulhijjah



HARI

AMALAN
1 hingga 9 Zulhijjah Sunat berpuasa
8 Zulhijjah Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,


  • Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali





  • Solat pada awal waktu .. Jadilah ianya amalan harian hendaknya ..





  • Solat sunat qabliyah Asar





  • Selepas solat Asar - Baca Surah Yasin 3 kali





  • Membaca Laillahaillalah wahdahula .... huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari Asar - Isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 Hamba.





  • Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib





  • Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat Penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith ... jadikanlah ianya amalan Bulanan / Mingguan hendaknya ...





  • Solat sunat tasbih





  • Solat sunat hajat





  • Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna ... 50 sebanyak kali



  • 10 Zulhijjah
    Hari Raya Haji / Korban
    Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
    Melakukan korban
    11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik) hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
    29 atau 30 Zulhijjah Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Mag
    Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah
    Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang BERLALU dalam bulan Zulhijjah,nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam Kemuliaan iaitu:
               1. Berkat pada umurnya
              2. Bertambah hartanya
             .3 Kehidupan rumahtangganya akan terkawal
    • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan ralat yang telah lalu
    • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
    • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
    • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
    • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya Semasa di Mahsyar
    • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
    • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah. - angelfire

    Wakaf bukan untuk masjid sahaja

    Oleh MUSLIM ABDUL RAZAK

    images/stories/OKTOBER2011/rektor kuin.jpgALOR SETAR – Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan Islamic Development Bank (IDB) berusaha bagi menjadikan sistem wakaf di Negeri Kedah dipertingkatkan lagi agar seluruh umat Islam mendapat manfaat dari sistem ini.

    Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Profesor Dato’ Wira Dr Jamil Osman berkata, sistem wakaf di Malaysia masih belum digunakan dengan lebih meluas dan sitem wakaf yang ada kini selalunya hanya dikaitkan dengan pembinaan masjid sahaja.

    Beliau berkata demikian semasa berucap di sidang media Langkawi Islamic Finance and Economic (LIFE), International Conference 3 di KUIN.

    “Hasrat kita adalah agar konsep wakaf hari ini akan menjadi konsep ekonomi Islam yang terunggul.

    “Contohnya sebuah negara yang menggunakan sistem wakaf ini adalah negara Mesir. Dengan sistem ini Universiti Al-Azhar Mesir, melahirkan ramai pelajar yang kebanyakkannya mendapat dana dari sistem wakaf,” ujarnya.

    Katanya lagi, di Turki juga terdapat sekolah-sekolah yang berfungsi dan bergerak dengan menggunakan sistem wakaf ini. Jika konsep ini dapat dilaksanakan, keadaan ekonomi kita akan menjadi lebih baik.

    Sementara itu, bagi merealisasikan matlamat ini, Kerajaaan Negeri dan KUIN akan melaksanakan LIFE 3 di Langkawi pada 28 hingga 31 Oktober ini.

    “Perbincangan kali ini adalah lebih luas iaitu mengenai wakaf, zakat, sedekah dalam memperkasakan ekonomi ummah. Ianya juga membincangkan bagaimana cara bagi meningkatkan sistem perbankan Islam.

    “LIFE kali ini akan membahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan ulamak, kumpulan ahli akedemik serta kumpulan professional. Kumpulan ulamak akan menggunakan bahasa Arab, manakala kumpulan ahli akedemik dan professional akan mengunakan bahasa Inggeris,” katanya.

    Tambah Dato Jamil, dengan terlaksananya perbincangan melalui tiga pihak ini maka berlakulah percantuman idea dan akan lahir pendapat yang lebih baik kerana golongan profesional bergantung kepada ulamak, dan golongan ulamak juga bergantung kapada golongan profesional.

    Kali ini perserta-peserta yang akan hadir adalah tidak kurang dari 300 peserta dari 10 negara. Program kali ini juga mendapat tajaan dari, Syarikat Bina Darul Aman, Affin Bank, Bank Islam, dan CIMB Bank.

    Ust Azhar Idrus- Skodeng Halal

    Soalan Adakah Suami Berdosa Jika Gagal Puaskan Nafsu Seks Isteri - Ustaz...

    Najib BUBAR PARLIMEN 11 NOV (11/11/11)?

    Oleh Sofi Wahab

    Ramalan bahawa Perdana Menteri Najib Razak akan membubarkan parlimen pada11 November 2011 (11/11/11) ada asasnya. Melihat kepada keghairahan Najib dan Muhyiddin 'pusing' Malaysia bertemu rakyat, menunjukkan seolah-olah pembubaran parlimen 'just around the corner'.

    Media elektronik dan cetak saban hari memainkan 'lagu' memuji Najib dan BN serta meng'henyak' PR dan pemimpinnya.

    Najib pergi menunaikan haji ke Mekah sehari dua ini dan akan kembali selepas Hari Raya Haji. Tidak mustahil beliau mengumumkan pembubaran parlimen sebaik pulang dari mengerja haji dan bergelar Haji Najib dan Hajjah Rosmah.

    Hari ini media pencacai Umno hari ini melaporkan  bahawa Naib Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera Barisan Nasional (BN) perlu bersiap sedia dengan perancangan dan pelaksanaan yang berkesan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

    Nasrudin Jangan Mudah Naik Angin

    Oleh MSO

    DALAM mana-mana parti politik Pemuda yang dianggap sebagai sayap kanan perlu agresif, peka dan sedia mempertahankan parti. Tetapi keperluan dan fungsi ini bukan bermakna boleh digunakan dengan rakus tanpa memikirkan hikmah di sebalik tindakan itu. Dalam kata lain bangkit tanpa usul periksa.

    Sesuatu itu kena ditilik dan direnung secara mendalam sebelum bertindak dan membuat ulasan atau melakukan pembelasan dan tempelakan. Misalnya dalam mengulas kritikan atau teguran orang luar kepada parti hendaklah diteliti sejauh mana ia memberi kebaikan atau pun sebaliknya. Ada kalanya ia perlu diberi reaksi segera, ada kalanya tidak perlu langsung untuk tidak mengundang polimek yang boleh menjejaskan kredibiliti kita.

    Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan memberi respons segera tanpa meneliti pandangan atau nasihat bekas Mufti Perli Asri Zainal Abidin, (foto) sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Tampak dalam kes ini Nasrudin membuat serangan balas secara membabi buta dan tidak pun melihat hikmah di sebalik nasihat Asri itu. Mungkin beliau terlebih aktif kerana menerima pancaran ajaib dari permata cincin hijaunya.

    Sepatutnya Nasrudin memeriksa apakah yang dikatakan Asri sebenarnya. Apakah ia berunsur dengi khianat ataupun ada elemen keikhlasan untuk menambah baikkan sikap dan juga pembawaan pemuda di zaman Nasrudin.

    Kalau Asri hanya memberi ingatan supaya Pemuda Pas tidak meniru aksi Taliban, apa salahnya. Meniru bukan bermakna menuduh. Itu nasihat dan Asri tidak pun membuat atau mencopkan Pemuda Pas sebagai Taliban. Kenapa harus dikelirukan perkataan itu yang akhirnya menyebabkan kita sebak. Sayang kerana .. mungkin ada sentimen lain nasihat Asri itu terus ditelan Nasrudin sebagai menganggap Asri menuduh Pemuda Pas Taliban. Kegaduhan inilah menimbulkan suasana tidak menyenangkan.

    Bagi saya kedua pihak ada hak dan tanggungjawab masing-masing. Keduanya adalah ansurullah. Nasrudin dan Pemuda Pas berhak menegur atau menghalang konsert Elton John itu kerana alasan-alasan yang diberikan. Niatnya untuk mencegah kemungkaran. Tetapi Asri juga berhak memberi nasihat dari sudut pandangannya. Teguran itu saya kira bukan untuk memburukkan pemuda Pas sebaiknya meletakkan pemuda Pas sebagai barisan yang rasional dan tidak dianggap sebagai ekstrem dalam konteks siasah ala negara ini.

    Dalam konteks hari ini pemuda Pas harus bersikap terbuka (berada di luar jendela masa) atau pun mengambil tindakan ke atas sesuatu kemungkaran itu secara bijaksana kerana pemuda Pas berada dalam sistem politik yang mana ianya diramui dengan pelbagai tafsiran dan persepsi. Apakah Nasrudin ingin membawa pemuda Pas keluar dari gelang sekular yang disarung Pas kini?

    Diharap lain kali Nasrudin perlu mengamati apakah maksud dan mesej apa-apa kritikan atau nasihat yang dibuat oleh sesiapa saja untuk Pemuda bagi mengelakkan berlaku perlanggaran yang tidak memberi keuntungan kepada semua pihak dari segi moral berfikir. Jangan mudah bertindak balas tanpa membuat usul periksa kelak akan menampakkan kedangkalan dan kegaduhan kita dalam bertindak. Cara itu tidak fatah - profesional.

    Berlega kepala dalam media dalam hal-hal seperti itu rasanya tidak banyak memberi kebaikan. Orang tidak menganggap ianya sikap pemuda yang cekap dan komited. Orang tidak akan melihat Nasrudin kuat berpegang kepada agama, dan orang tidak akan melihat Asri seolah menyokong maksiat yang bakal dihasilakn oleh Elton John. Sebaliknya orang akan lihat ia satu kenaifan politik orang Melayu dan Islam.

    Seperkara perlu dihayati oleh kedua mereka dan juga orang Islam lain yang 'ada mulut', faham atau renung apakah tujuan dan matlamat sesuatu itu dibangkit. Kadang ia sengaja dibangkit untuk menampakkan keretakan yang kemudian diharapkan perpecahan sesama sendiri (Melayu dan Islam).

    Kerajinan kita memberi kenyataan dan melayani pertanyaan-pertanyaan wartawan yang sudah ada agenda tertentu juga satu bahaya. Cara itu kita mendedahkan diri kita kepada pergaduhan sesama sendiri yang dinanti oleh musuh. Perkaraan ini nampaknya sudah jadi sindrom di mana kita bergaduh dan bertelagah kerana diacah oleh pihak kita. Janganlah mudah berlaga kepala dalam media dan janganlah murah mulut dengan wartawan yang kita tidak kenali latar belakang dan misinya.

    Soalan Adakah Perlu Samak Kemaluan Kerana Berzina Dengan Orang Kafir - U...

    MENTERI SUMBER MANUSIA pura-pura SEDIH?

    Oleh Sofi Wahab

    Macam hero filem Tamil, Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam membuat mimik muka sedih kerana gagal membuat ruindingan dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahu berpiket 3 November ini. Piket tersebut diadakan kerana MTUC membantah tindakan kerajaan yang meminda Akta Kerja 1955.
    NONE
    'Hero' Filem Tamil ini menyatakan bahawa tujuan kerajaan meminda akta itu adalah murni iaitu untuk memastikan hak pekerja terjamin dan terkawal dan mereka tidak lagi berada dalam kesulitan. Subra sengaja buat-buat tidak faham tentang bantahan MTUC yang jelas dan berasas. Golongan pekerja bukannya bodoh dan tidak faham akan kebajikan mereka sendiri. Mereka bermati-matian membanting tulang mencari sesuap nasi kepada keluarga dan pada masa yang sama mereka menyumbangkan tenaga kepada kemajuan dan kemakmuran negara.

    Tidak perlulah Subra bersedih macam 'Hero' Filem Tamil kerana MTUC adalah sebuah organisasi yang matang dan professional. Mereka tidak akan membantah jika pindaan itu memberikan keuntungan dan juga menjamin kebajikan pekerja.

    Semalam Menteri Sumber Manusia itu  melahirkan rasa sedih terhadap tindakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahu meneruskan piket pada 3 November ini bagi membantah cadangan pindaan Akta Kerja 1955.

    Subra berkata rundingan telah beberapa kali dijalankan bagi memberi penjelasan tentang cadangan ini termasuk semasa menggulung perbahasan di Parlimen baru-baru ini.

    Agensi berita nasional itu melaporkan Subramaniam sebagai berkata, perkara yang dpinda dalam akta tersebut telah dipraktikkan di kebanyakan negara dan berjaya menyelesaikan masalah antara pekerja dan majikan.

    Harussani, Muhyiddin, Zambry a/l Kadiaq bercelaru...

    Oleh Manjung Mari

    Gambar memberi makna seribu maksud tersembunyi....



    Gambar ni suasana perjumpaan guru-guru SAR bersam Mahyiddin di Ipoh pada 27 Okt yang lalu...

    Sama-sama kita perati tengok, macam ada sesuatu yang tak kena,, apa ya, aku cuba tanya seorang Ustaz yang turut serta dalam program tu,, menurutnya ada sedikit soalan-soalan panas dari ustaz ustazah yang hadir....

    Walau apa pun, kita lihat satu persatu bermula dari kanan....

    Aku ta kenal siapa lelaki ni, nak kata SUK bukan dia,, lihat air mukanya, ke mana hala pandangannya.....

    Sohibul samahah Tok Mufti,, cuba tengok memek muka.....

    Zambry a/l kadiaq, baca doa gamaknya....

    Mehyidin, tangan dah tongkat kepala.... macam baru lepas mati bini muda...

    Lagi sorang, belakang tu, Speaker haram DUN Perak, Ganesan,, apa yang ia sibuk kelam kabut sangat... lagi satu persoalan,, apa jawatannya dengan hal ehwal pertemuan guru-guru Sekolah agama Islam dengan penglibatannya... habaq mai sat..

    Apa ni Zambry,, dah tak ada orang islam lagi ka kat negeri Perak nak urus hal ehwal SAR sampai hindu paria turut serta., mungkin ada yang berkata aku buat tuduhan fitnah melulu,,, OK,, hangpa check balik sebelum ni, program Zambry pi rasmi SAR Taman Soon Choon klik gambar-gerombolan-melayu..

    Ada juga kan kelibat paria tu,,, mana Exco UMNO yang lain,, yang aku dok nampak hanya Hamidah sahaja,, apa dah jadi UMNO Perak,, bukti dah nyatakan...celaru juga kan...

    Ostad Kazim mana,,, dah putus sahabat ka....

    Ustaz Azhar Idrus - Binatang Tengok Malaikat & Jin

    DAP ANTI ISLAM berikan anugerah PADA HUFFAZ

    Oleh Sofi Wahab



    DAP memang ANTI ISLAM sebab itu kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP memberikan anugerah kepada seramai 260 para huffaz negeri itu. 

    Oleh sikap anti Islam inilah pada tahun lepas lagi seramai 180 orang para huffaz menerima pengiktirafan kerajaan negeri.

    Manakala kerajaan negeri yang SAYANG kepada ISLAM seperti kerajaan Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak memberikan apa-apa anugerah kepada para Huffaz

    Memang DAP sangat anti Islam sebab itu mereka mengiktiraf para huffaz.
    Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kasim berkata, ia satu kebanggaan buat Pulau Pinang kerana berjaya mendidik dan melahirkan para hafiz dan hafizah yang boleh membantu merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang berkehendakan 'Satu Keluarga Seorang Hafiz'.
    "Insya Allah hasrat satu keluarga seorang hafiz akan berjaya sekiranya mereka yang menghafal Al Quran bertambah saban tahun.  Walaupun baru empat tahun diperkenalkan slogan berkenaan menerusi Ijtimak Huffaz namun sudah ada kesanya," kata beliau semasa berucap dalam ucapan alu-aluan majlis Ijtimak Huffaz Negeri Pulau Pinang kali ke 4 yang diadakan di Dewan Sri Pinang pagi tadi.
    Katanya, untuk melahirkan generasi yang berilmu sebagai pewaris bakal pemerintahan negara akan datang golongan ini mesti terjun secara langsung di segenap bidang termasuk politik bagi menajamkan pengetahuan dan pengalaman.
    Ujarnya, jangan anggap bila sudah menjadi hafiz ia hanya layak menjadi tok imam di masjid atau surau, mengajar Al Quran serta membuka kelas Al Quran sebaliknya memperluaskan skop kepada didikan moral untuk mewujudkan insan yang mempunyai jati diri yang unggul.
    Semua anugerah berupa cenderahati, sijil dan wang tunai RM1,000 sehingga RM1,500 disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas disaksikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Yang Dipertua Maipp, Datuk Saleh Man.
    Sumber : Harakahdaily

    Antara Gaddafi dan Ibrahim Libya

    Oleh: tokpepijat

    " Suatu yang "kebetulan". Gaddafi adalah orang Libya manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Mahmud di kenali dengan Ustaz Ibrahim Libya sempena arwah pernah menuntut ilmu di bumi Umar Mokhtar itu.

    Keduanya telah meninggal dunia. Assyahid meninggal di bumi kelahirannya Memali kira-kira 26 tahun yang lampau 19 November 1985. Manakala Gaddafi baru sahaja meningga juga dibumi kelahiraannya Sirte 2 minggu yang lalu.

    Keduanya dibunuh. Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri manakala Assyahid dibunuh oleh Kerajaan Malaysia yang ketika itu PMnya Dr Mahathir, Menteri KDNnya Musa Hitam dan IGPnya Hanif Omar..

    Keduanya dibunuh tanpa melalui proses keadilan yang sewajarnya. Tidak dibicarakan dan dibawa ke mahkamah untuk mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan. Proses "keadilannya" ialah tembak !

    Cuma yang bezanya ialah Gaddafi ada rekod kejahatannya iaitu membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Libya "dosa"nya hanya mengajar ilmu agama kepada orang kampung dan menentang ISA. Itu sahaja.

    Apabila Dr Mahathir menyatakan tidak wajar Gaddafi dibunuh dan beliau patut ditahan dan dibicara terlebih dahulu maka kita tertanya-tanya adakah Dr Mahathir seorang yang "waras" dan berlagak dialah seorang yang memperjuangkan keadilan?

    Bagaimana dengan Peristiwa Memali? Sehingga kini, tiada ucapan maaf secara terbuka dari Mahathir, Musa Hitam dan Hanif Omar.

    Tanda seseorang itu telah mencapai tahap kembali semula ke "alam bayi" ialah apabila dia "menjilat kembali kahak hijaunya" tanpa disedari! Itulah Mahathir"

    MCA Menghina Islam, Umno Membisu.

    Oleh Ustaz Idris Ahmad

                                                                           

    Di mana suara Umno ketika MCA biadab dengan Islam? Di manakah NGO Pro Umno ketika pemimpin MCA menghina Islam degan penuh emosi?. Kenapa mereka menikus?. Apakah MCA berani menghina Islam kerana diberi lesen oleh Umno? Kenapa Umno tidak memberi amaran kepada MCA? Apakah kerana takut kehilangan pengaruh dan meraih undi, maka Umno membisu, asalkan matlamat politik mereka tercapai walaupun Islam dihina.
    Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina Islam, kononnya dengan hukum Islam akan menjejaskan ekonomi dan membawa kemunduran. Ini bukan pertama kali Presiden MCA menghina Islam. Ketika pilihanraya kecil Tenang beliau menghina Islam apabila Cikgu Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

    Cuba bayangkan jika kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin DAP atau pemimpin PKR, maka sudah tentu akan diadakan demontrasi di KOMTAR Pulau Pinang oleh tukang juak-juak mereka.

    Dimanakah suara NGO Umno yang berkobar-kobar untuk mempertahankan Islam ketika program HIMPUN 22 hb Oktober 2011.

    Setakat hari ini kita belum dengar lagi suara Perkasa, YB Zulkifli Nordin, Dr Rhidwan Tee, Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan kuncu-kuncu mereka.

    Apakah MCA boleh menghina Islam, orang lain tidak boleh? Amat malang kepada kita jika kita ada orang yang mempunyai otak asabiah yang membuta tuli seperti ini. Kita akan dengar lagi selepas ini kenyataan yang lebih dahsyat kepada Islam, jika pemimpin MCA melihat sokongan orang bukan Islam masih tidak lari daripada menyokong Pakatan Rakyat menjelang PRU 13.

    Hudud turns back the clock star 29/10/11

    JOHOR BARU: PAS’ intention to carry out hudud law will cause the nation to backslide and scare away investors, said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

    The impact would be great on foreign direct investments and also tourists who would shy away, he said, adding that several countries practising hudud law were backward except for their rich natural resources.

    Speaking to reporters after attending a function at the Hock Lin Gong Chinese temple here yesterday, Dr Chua stressed that even non-Muslims in the country would be affected, especially in terms of economy and education.

    Medical aid: Dr Chua checking on Ng Dee Eng, 47, after presenting a 1MCA Medical Foundation cheque to her in Batu Pahat on Thursday.

    “It is misleading and a lie to say that the implementation of hudud will not affect non-Muslims,” he said.

    He criticised the DAP for its inconsistency as the party did not support hudud law but was willing to help PAS leaders win the election by asking the Chinese to support them.

    At the event, Dr Chua promised an allocation of RM30,000 for the temple which was celebrating its 20th anniversary.

    In Batu Pahat, Dr Chua said the financial management of Pakatan Rakyat-controlled states was still lacking.

    Referring to the Auditor-General’s Report 2010, he noted that a Selangor state-run agency lost RM200mil while the Penang government had yet to build affordable houses for the rakyat.
    The populist policy being practised by the Pakatan Rakyat had not solved anything, he added.

    “They give RM100 to the elderly once a year and another RM100 for people to go shopping. This does not solve anything at all but merely a feel-good factor to the rakyat and is quite misleading,” he said during a 1MCA Medical Foundation dinner on Thursday.

    He also said that the people wanted to see changes and the Government had listened to their feedback.
    “The only thing that has yet to be transformed is the Pakatan Rakyat,” he said.

    Under the transformation programmes introduced by the Prime Minister, he said the rakyat could see the changes.

    “The economic, social and political landscape in Malaysia is being transformed. We have attracted many foreign direct investments for the country to achieve high-income status while creating a more democratic society,” he said.

    AUDIT : BAIK AKU JAHAT RAKYAT

    • Laporan Audit Negara lambat dikeluarkan.
    • Bermacam spekulasi timbul bila ianya dilengah-lengahkan.
    • Kalau Laporan Audit keluar sehari selepas baget, maka orang dah tak cerita bajet, rakyat akan cerita audit pula.
    • Rakyat akan nilai apa yang mereka terlepas dengan apa yang mereka dijanjikan.
    • Akhirnya rakyat boleh buat penilaian, cakap tak serupa bikin.
    • Tahun demi tahun Audit buktikan banyak yang bocor. Kemana perginya wang itu ?
    • Cuma Audit ini menyerlahkan lagi hipokrit BN.
    • Tiada Menteri yang hendak bertanggungjawab kalau ada kebocoran.
    • Kalau benda bagus, semua menteri mengaku itu kerja dan usaha mereka.
    • Bila Audit buktikan ada kebocoran, mereka suruh rakyat disiasat, ambil tindakan displin, panggil SPRM, kalau perlu pecat.
    • Memang jadi budaya BN, kalau baik aku, kalau jahat rakyat.
     

    Laporan Audit , Petanda Ikan Busuk Di Kepala.

    Oleh Ustaz Idris Ahmad

    Setiap kali laporan Ketua Audit negara di keluarkan masalah yang berlaku tetap sama. Kita boleh andai sebelum Laporan dikeluarkan, antaranya harga kerajaan bayar beratus kali ganda daripada harga pasaran, projek tidak siap, belanja lebih. Ini adalah skima yang ada kepada urus tadbir kerajaan BN selama ini, walaupun Perdana Menteri bercakap soal transformasi. Tidak ada penambah baikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN. Kenapa pegawai kerajaan yang dituding jari? Adakah mereka berani lakukan jika tidak ada arahan.Tidak elok kalau hendak menyalahkan pegawai kerajaan sahaja, sedangkan bapa Menteri boleh tidur lena.

    Musibah yang menimpa kepada Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Aziz Muhamad dalam kes tuduhan pecah amanah wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), patut diambil iktibar. Beliau terpaksa turun naik ke mahkamah, sedangkan menteri tidak diapa-apakan, hanya kereta menteri sahaja yang dirampas.


    Patutlah Laporan Audit 2010 diberi lewat kepada Ahli Parlimen, sehingga selepas didesak. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Laoran Audit Negara telah tenggelam bajet gula-gula pilihanraya.

    Jika laporan audit 2010 mengekalkan rekod yang sama, apalah yang hendak diharapkan dengan belanjawan 2012.

    Pemimpin BN cuba hendak bermain silap mata, dengan kenyataan yang keras supaya diambil tindakan terhadap penyelewingan. Inilah juga kenyataan yang dikeluarkan setiap tahun selepas laporan audit dikeluarkan untuk meredakan kemarahan rakyat.

    Tabiat buruk kerajaan BN bukan perkara baru, ia sudah menjadi darah daging di dalam pentadbiran. Jika kita mengimbau kembali Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir 1 bilion) walaupun tanpa baucer. Ini satu misteri, sedangkan pegawai kerajaan yang mahu buat tuntutan perjalanan yang berharga RM100.00 tidak diluluskan jika tanpa resit rasmi.

    Kerajaan menghabis wang rakyat untuk membayar set pen yang berharga RM1146.00 sedangkan harga pasaran RM60.00, lebihan RM986.00. Begitu juga jet kereta harga pasaran RM50, tetapi kerajaan membayar sebanyak RM1664.00, lebihan RM1614.00.

    Begitu juga Laporan Audit untuk kerajaan negeri Pahang pada tahun 2009. Minyak kereta kerajaan ada yang diisi RM100 untuk satu liter?. Macam mana Proton Perdana kapisiti tangki hanya untuk 64 liter tapi kereta Perdana kerajaan Pahang boleh diisi 130 liter, apakah tangki kereta jenis stokin yang boleh kembang? Laporan juga ada menyebut kereta yang sudah lupus tetapi kad untuk isi minyak masih digunakan. Ini hanya contoh-contoh kelakar laporan Audit Negara.

    Persoalaannya kenapa masih tidak ada penambah baikan, apakah ini transformasi Datuk Seri Najib?
    Sebab apa berlaku demikian, jawapannya Ikan busuk di kepala.


    Piala Malaysia: Adakah ianya tanda Mat Said nak kalah?

    Oleh Ustaz Saiful Bahri


    Penulis baru aje posting artikel sebelum ini yang bertajuk “ Selangor simpan 1b… Mat Said simpan 2 bijik telor sahaja”, semalam berulang lagi dengan Negeri Sembilan. Apabila bola piala Malaysia Terengganu 1, N.Sembilan 2.
    Nampaknya rekod bola pun Umno-BN gagal memecahkan prestasi pasukan bolasepak Terengganu yang semasa pemerintahan Pas yang dipimpin oleh DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 2001 lalu yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia.

    Walaupun kali ini Datuk Mat Said membelanjakan 750K duit rakyat untuk memberi subsidi separuh harga tiket yang asalnya berharga RM50. 30ribu tiket untuk Terengganu yang kebanyakannya diagihkan melalui pejabat Wakil Rakyat BN dan JKKK Umno. Nampaknya tiket itu sok-sek sok-sek kebanyaknnya dikalangan Umno sahaja. Bagi rakyat biasa, pemuda-pemuda, ahli Pas yang meminati bola dan tidak memperolehi tiket maka terpaksa memenuhi medan bersama layar skrin yang dipasang maupun dikedai-kedai yang memiliki astro diseluruh pelusuk kampong di negeri Terengganu.

    Nampaknya begitu bersungguh Mat Said cuba meraih kesempatan politik kali ini tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Hasrat dan harapan beliau untuk menjaja piala Malaysia tidak kesampaian. Mungkin ada hikmah disana. Walaupun seluruh pemain dan jurulatih bersungguh-sungguh berusaha dengan sokongan padu peminat didalam stadium Shah Alam maupun diluar stadium bahkan detik-detik awal yang berpihak kepada pasukan Terengganu tetapi akhirnya kemenangan berpihak kepada N. Sembilan jua.

    Apapun syabas diucapkan kepada semua yang telah berusaha dan memberi sokongan padu dan diharapkan lain kali ada kesempatan untuk Piala Malaysia kembali ke negeri Terengganu. Bila? Adakah ini menandakan kekalahan Mat Said dan selepas Pru-13 PR akan memerintah… barulah sekali lagi Piala Malaysia sudi kembali ke Terengganu? InsyaAllah.

    Peruntukan banjir nak berkira...hutang hampa sapa bayaq...

    Oleh : PUTERI BULAN




    "Dah hampa duit banyak, hampa bayaqlah sendiri...dok minta kat kami buat apa..pak hampa habaq hampa orang kaya..duit banyak.."

    Lebih kurang macam tulah dialog budak-budak bergaduh, bertengkaq..

    Agak-agak macam tulah juga yang berlaku kepada Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Tok Mukhriz....lebih kuranglah agaknya kata pada Menteri Besaq Kedah.." hermmm..hampa untung balak...keluaqlah duit sendiri..bagi kat orang kena banjir..buat pa minta kat kami..hermmmm.."

    Memang balak Kedah untung berlipat ganda...dan itu rezeki rakyat kedah..tak payah atuq atau ajaq MB nak salur kat mana keuntungan tu....secara tepat..rakyat akan dapat manfaatnya bukan suku sakat mana-mana kroni macam UMNO Porno lakukan dulu...

    Tapi Tok Mukhriz kena ingat....kerajaan pusat ada tanggungjawab tersendiri kepada semua negeri-negeri dalam Malaysia...kalau nak ikut pendapatan negeri...Terangganu dan Sarawak lagi kaya..ada minyak...tapi kenapa masih salurkan bantuan...bukan saja bantuan...bagi utang ada lagi..

    Kenapa negeri-negeri di bawah pakatan rakyat dianak tirikan...kalau gitu tak perlu minta cukailah dari negeri-negeri pakatan rakyat...atau pun mereka ni bayar cukai guna orang tengah..macam Tok Mukhriz kata nak salurkan terus bantuan banjir melalui 'orang tengah'. Siapa "orang tengah" yang Tok Mukhriz maksudkan?

    Pengalaman lalu..cukup mengajar kita...bantuan banjir untuk negeri Kedah pada tahun 2010 yang lalu..bagaimana bantuan disalurkan...bukan melalui kerajaan negeri tetapi melalui UMNO dan JKKKP. Ibarat masuk rumah orang..tuan rumah tak tau apa-apa pun..tiba-tiba jiran yang dok jauh merelong dok kelola urusan dalam rumah tersebut...maka sudah tentulah...mangsa banjir sebenar tidak disenaraikan tetapi "insan-insan" yang tak sangkut paut dengan banjir pula yang menerima habuan...tak lucu dan menyakitkan ke?

    lepas tu canang satu dunia...kedah tak buat apa-apa kepada mangsa-mangsa banjir...pi cerita UMNO yang dok tolong rakyat Kedah...AWAT DUIT PUSAT TU DUIT UMNO KE?...takka orang PAS, DAP dan PKR pun bayaq segala cukai..lesen nu ..lesen ni..pasai apa duit negara...duit rakyat boleh bertukaq milik jadi duit UMNO..ciss!...

    Katalah wahai UMNO..jiwa mu kacau bila lihat Kedah makmur dengan pendapatan balak yang meningkat...terjeger biji mata..ish!..ish! andainya jadi milik aku...alangkah bahgianya...bolehlah rumahku yang macam mahligai itu ku tukarkan menjadi istana...

    Cuba buka mata wahai UMNO-UMNO kedah...hutang masa hampa perintah yang bernilai 2.9 Billion SAPA BAYAQ...senang hampa dok buat cerita wayang kulit..makyong tak laku..buat-buat tanya...tak payah dok ragu-ragu atau buang masa dok fikiaq kemana duit keuntungan balak tu disalurkan...tanya ahli hampa hat miskin, ibu tunggal, OKU..orang sakit di kampung-kampung nuuuu...sapa dok bagi bantuan kat depa lani...

    Kalau dah banyak hampa dok tanya...kenapa tak tanya...RM8 juta je time hampa perintah dulu...mana pi untung yang banyak-banyak tu...MASUK POKET SAPA HAH?...

    Ahad, 30 Oktober 2011

    Bandingkan Pakatan, BN urus kerajaan negeri

    KUALA LUMPUR, 29 Okt: Bagaimana Pakatan Rakyat menguruskan kerajaan negeri dan bagaimana pula Barisan Nasional menguruskan kerajaan negeri.
    “Cuba bandingkan dengan menggunakan akal yang waras,” tulis Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui twitter.
    Klik 2 x pada gambar untuk paparan yg lebih jelas

    Hanya 8 kerusi selamat untuk BN di Kedah?

    Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

    Saya diminta membuat analisis terhadap hasil kajiselidik yang dibuat oleh kumpulan pelajar IPT yang menggelar kumpulan mereka sebagai Istiqlal Center. Kajiselidik rambang yang dibuat di seluruh negeri Kedah memberi keputusan bahawa Pakatan Rakyat masih mampu mempertahankan kerajaan di negeri ini dengan kedudukan 23-13. Secara populariti PR masih disokong oleh 48.8 %, BN 39.4% manakala 11.8% tidak membuat keputusan.


    Saya menghormati apa saja keputusan kajiselidik yang dibuat oleh mana-mana pihak pun tetapi tidak dapat menerimanya sebagai bayangan keputusan yang bakal dicatatkan dalam pilihanraya nanti. Pertama, trend terkini peratus golongan yang tidak membuat keputusan dari awal semakin bertambah. Mereka kebanyakannya terdiri dari golongan muda yang tidak taksub kepada mana-mana parti politik. Kedua, perubahan sikap berlaku sangat pantas mutakhir ini. Ia macam pergerakan indeks bursa saham. Dalam masa sebulan, keputusan berbeza boleh diperolehi. Ketiga, kajiselidik rambang tidak akan menggambarkan realiti selepas pemilihan calon dibuat.

    Semua masih ingat PRU12 di mana BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen dan tumbang di lima negeri. Sewaktu Pak Lah sebagai PM memilih tarikh pembubaran Parlimen, beliau tentu meneliti pelbagai keputusan dan analisis dari kajiselidik yang dijalankan. Semua kumpulan penyelidik tersebut tentulah professional. Mustahil Pak Lah akan membubarkan Parlimen jika kajian yang dibuat menunjukkan BN akan kalah teruk. Maknanya Pak Lah telah membubarkan Parlimen sewaktu pelbagai pentunjuk yang sampai kepadanya menunjukkan bahawa BN akan menang besar ataupun setidak-tidaknya menang 2/3. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sebuah badan penyelidikan professional mendedahkan bahawa perubahan sikap rakyat berlaku dengan ketara 3 hari menjelang hari pembuangan undi. (Peningkatan sokongan untuk PR).


    Kajiselidik rambang tidak akan menggambarkan realiti selepas pemilihan calon dibuat kerana sikap pengundi mungkin lebih memihak kepada parti yang didokong sewaktu kajiselidik dibuat. Misalnya orang PAS akan sokong PAS dan orang UMNO akan sokong BN. Namun apabila calon dikemukakan, sikap mereka boleh berubah selepas itu. Hal ini berlaku dengan ketara dalam UMNO dan akan terus berlaku dalam PRU13 nanti. Individu yang tidak terpilih bersama kumpulannya akan melakukan sabotaj terhadap calon yang dipilih. Mereka tidak berniat untuk mengkhianati parti sebenarnya. Apa yang dilakukan ialah mempastikan saingan mereka kalah dan peluang untuk mereka menjadi calon di masa depan masih ada. Jika sekali saingan mereka terpilih jadi YB, maka akan berakar umbilah dia di situ sampai bila-bila.

    Dengan mengandaikan keputusan yang diperolehi oleh Istiqlal Center (PR23, BN13) sebagai asas maka saya yakin keputusan berbeza akan diperolehi selepas calon dinamakan nanti.

    Pungutan pendapat secara rambang yang dibuat oleh Istiqlal Center BN akan menang di Kuah, Air Hangat, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kota Siputeh, Ayer Hitam, Pedu, Kuala Nerang, Bukit Lada, Sungai Tiang, Belantek, Jeneri dan Bayu. PR akan menang di Bukit Pinang, Derga, Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Kubang Rotan, Alor Mengkudu, Kota Darul Aman, Bakar Bata, Tokai, Sungai Limau, Guar Chempedak, Gurun, Tanjung Dawai, Bukit Selambau, Pantai Merdeka, Bakar Arang, Sidam, Kupang, Kuala Ketil, Lunas, Merbau Pulas, Kulim dan Bandar Baharu. Pola sokongan menunjukkan PR selesa di kerusi yang terdapat pengundi campuran. Maka tidak pelik kalau Datuk Ahmad Bashah pun dijangka kalah di Bakar Bata yang mempunyai 30 peratus pengundi bukan Melayu.

    11.8 peratus pengundi yang tidak berpihak adalah tinggi. Saya yakin majoritinya golongan muda. Masalah bagi BN ialah kerana orang muda tidak berminat mendapat maklumat dari TV3 dan Utusan Malaysia. Mereka lebih ghairah dengan maklumat dari media kedua atau internet.

    Kajiselidik barangkali tidak menemui pengundi pos yang bertambah dengan mendadak dan luarbiasa dalam DUN Tanjung Dawai. Maka apakah Tanjung Dawai masih boleh dimasukkan dalam kelompok kerusi PR? Biarlah diandaikan ia berada dalam kelompok BN.

    Bukit Lada dan Ayer Hitam, PRU12 pun adalah kerusi yang dijangka dimenangi BN. Tapi mereka tewas juga. Percayalah siapa pun yang menjadi calon BN di kedua-dua kerusi tersebut akan menghadapi cabaran dari rakan-rakan separti mereka sendiri. Sebenarnya bagi BN, terdapat dua lagi kerusi yang bakal mengalami nasib yang sama iaitu Kota Siputeh dan Kuala Nerang, yang dimasukkan dalam kelompok BN. Untuk kali ini, insya Allah Bukit Lada dan Ayer Hitam kekal di tangan PAS manakala Kuala Nerang dan Kota Siputeh akan dirampas.

    Terdapat dua kerusi di mana BN menang dengan sokongan pengundi Siam iaitu Pedu dan Sungai Tiang pada PRU12. Perkembangan mutakhir menunjukkan pengundi Siam sudah berpaling tadah dari BN. Undi mereka adalah undi kelompok, ia meletakkan BN terus mengalami kesukaran. Kedua kerusi tersebut juga boleh dimasukkan dalam kelompok PR.

    Jika berlaku seperti diandaikan maka PR akan peroleh 28 kerusi manakala BN hanya 8 kerusi. Itu andaian di atas kertas. Realiti mungkin tidak semudah itu.

    Apapun, akhirnya saya sangat percaya bahawa keputusan yang bakal ditentukan oleh Allah SWT adalah keputusan yang muktamad. PAS kalah teruk pada 2004 sewaktu ‘menjentik kerongkong’ dengan slogan PAS Tawan Kedah 2004. Sebaliknya menang besar pada 2008 sewaktu berusaha untuk menang dengan banyak, sambil mengharap pertolongan Allah SWT.

    Untuk PRU13, InsyaAllah PAS/PR boleh menang lagi besar jika terus menyerah diri dan mengharap pertolongan Allah SWT sambil bekerja lebih gigih. Jangan angkuh, jangan dabik dada dengan kekuatan kita kononnya yang akan menangkan kita. Kalah atau menang biarlah dengan restu dan redho Allah SWT. Itu dasar aqidah dan keimanan kita.

    AUDIT : HUTANG MELAKA RM853 JUTA

    Pada akhir tahun 2010, baki hutang Kerajaan Negeri meningkat kepada RM853.07 juta berbanding RM587.53 pada 2009.



    Melaka maju ?



    AdlyZahari

    AUDIT : MELAKA RIVER CRUISE



    • Bot Tak Daftar dan Dilesenkan : Semakan Audit mendapati 9 buah bot penumpang yang dibeli antara bulan Mei hingga September 2009 masih belum didaftar dan dilesenkan. Bot-bot ini telah beroperasi tanpa lesen yang sah untuk tempoh 13 hingga 17 bulan. Hasil teguran Audit, Perbadanan telah mengambil tindakan dan kesemua 9 buah bot tersebut telah dilesen dan didaftarkan pada 1 November 2010.
    • Bot Tidak Di Insurankan : Semakan Audit mendapati, 28 daripada 40 buah bot tidak diinsurankan. Selepas teguran Audit, pihak Perbadanan memaklumkan kesemua 28 buah bot penumpang ini telah diinsurankan pada 1 Mac 2011. Namun pihak Audit tidak dapat membuat pengesahan kerana dokumen sokongan tidak dikemukakan.
    • Insuran Bot Diperbaharui Walaupun Bot Telah Rosak : Semakan Audit mendapati Bot Tun Teja telah diinsurankan untuk tempoh 8 Julai 2009 hingga 29 Julai 2011 dengan bayaran premium berjumlah RM3,464 walaupun telah rosak sejak awal tahun 2009. Keadaan bot Tun Teja yang rosak adalah seperti di Gambar
    • Kos Penyenggaraan Bot Dibayar 2 Kali : Semakan Audit terhadap baucar bayaran penyenggaraan bot MRC pada tahun 2009 mendapati pembekalan aksesori bagi bot Puteri Hang Li Po dan Hang Lekir telah dibayar sebanyak 2 kali berjumlah RM12,312.
    • Kutipan Bagi Tiket Hop-On Hop-Off : Semakan Audit mendapati pengambilan tiket dan penyerahan wang kutipan hasil tidak direkodkan. Semakan lanjut menunjukkan hasil kutipan jualan tiket HOHO bagi tempoh Jun hingga Disember 2010 yang diserahkan ke kaunter berbeza sejumlah RM17,970 berbanding bilangan tiket yang dikeluarkan kepada ketua jurumudi.
    • Hasil Jualan Tiket Digunakan Untuk Perbelanjaan Tunai: Semakan Audit selanjutnya terhadap rekod kutipan pada 31 Mei 2010, 1 Jun 2010 dan 5 Jun 2010 mendapati hasil kutipan berjumlah RM43,867 digunakan untuk perbelanjaan tunai semasa Pesta Sungai Melaka walaupun telah menggunakan sistem e-Ticketing.
    Adly Zahari

    AUDIT : SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD

    • Penggunaan Jangka Meter Automatik (AMR) : Pada tahun 2009, SAMB telah membeli 18 unit jangka meter automatik (AMR) dengan kos berjumlah RM0.39 juta. Semakan Audit terhadap laporan penyenggaraan yang dikeluarkan oleh pembekal mendapati 12 buah bateri di 7 lokasi AMR tidak boleh digunakan lagi walaupun penggunaannya hanya untuk tempoh 11 hingga 14 bulan sahaja. Bagi melicinkan pengurusan pengebilan, SAMB telah menggantikan bateri tersebut dengan kos bernilai RM5,115.
                                                                       
    Jawatan Kosong Di Syarikat Air Melaka Berhad SAMB Jawatan Kosong Di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

    • Perolehan Smart Meter : Mulai bulan April 2008, SAMB telah melantik pembekal untuk membekal dan memasang 5,000 unit Smart meter dengan nilai RM0.66 juta. Analisis Audit mendapati sehingga bulan Ogos 2010 hanya 2,916 daripada 5,000 unit Smart meter atau 58.3% masih berstatus aktif. Berdasarkan semakan terkini SAMB pada bulan Mac 2011, bilangan Smart meter berstatus aktif adalah 155 unit manakala 4,820 unit telah dihentikan penggunaannya.
    Adly Zahari

    CHE'GUBARD: BONGKAR ROSMAH & FAKTA BAJET Di PARIT.

    Azrai juga yang tak kempunan Piala Malaysia..Tahniah Jang!!


    MILIK JANG!


    NEGERI SEMBILAN kembali ditabalkan selaku juara Piala Malaysia. Kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi membolehkan skuad Hoben Jang Hoben kembali menjulang piala berprestij itu.

    Ia merupakan kejayaan ketiga Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia selepas edisi 1948 dan 2009.

    Bagi Terengganu pula, skuad Peteh itu gagal mengulangi pencapaian sedekad yang lalu dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia.

    Kekalahan itu juga sekali gus menyebabkan Terengganu gagal dalam misi merangkul gelaran berganda musim ini selepas mereka muncul juara Piala FA pada Jun lalu.

    Pada aksi malam tadi, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan seimbang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

    Selepas gagal memecahkan kebuntuan gol pada babak pertama, Terengganu terlebih dahulu menceriakan kira-kira 35,000 penyokong skuad Penyu yang hadir menyaksikan aksi final di stadium.

    Pemain sayap, Mohd. Ashaari Samsudin berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias untuk gol pertama Terengganu pada minit ke-59.

    Tersentak dengan jaringan itu, Negeri Sembilan bingkas bangkit menguasai perlawanan bagi memburu gol penyamaan.

    Hasilnya, pemain sayap lincah, S. Kunanlan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81 selepas rembatannya dari sebelah kanan pintu gol Terengganu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol, Mohd. Sharbinee Alllawee.

    Hairuddin mengesahkan kemenangan Negeri Sembilan apabila meledak gol berselang lima minit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang kapten, Shukor Adan.

    Ia dianggap detik cukup istimewa bagi Hairuddin, 32, kerana dia turut menjaringkan gol dalam dua edisi final sebelum ini.

    Pada edisi 2009, Hairuddin yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan dari kelab T-Team, berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan menarik, sekali gus mengecewakan Kelantan 3-1 di pentas final.

    Ketika menyarung jersi Kelantan musim lalu pula, Hairuddin menjadi watak pemusnah bagi Negeri Sembilan apabila tandukannya berjaya menyamakan kedudukan buat The Red Warriors sebelum jaguh Pantai Timur itu menang 2-1.

    nama ja menteri tapi otak macam lembu...

    oleh AnakKedah007

    Aduhai anak mahadet..ingatkan hang terra..last taik ayam panu jugak hang nie..sembang macam budak-budak kanyiaq ja hang nie... kalau macam nie punya menteri sembang baik azizan declare Kedah nie keluaq Malaysia sahaja....duit hasil cukai rakyat Kedah hangpa rembat mai nak bagi balik hangpa berkira... memang laa K'jaan negeri dok cerita hasil balak meningkat... kutipan cukai tanah meningkat... tapi kena tau semua nie la digunakan untuk urus tadbir hasil kerajaan negeri....dulu masa cukai BN penaik sampai 360%....dan mai Azizan peturun semula jadi kira tangtu dah hilang dah duit negeri...kira duit hasil tadi laa digunakan menampung semua tuuu...benda mcm nie pon hg nak buat org kampung pening kaa...tuuu hutang yang hangpa tinggai 2billion lebih tuuu...takan nak biaq mcm tuu saja..hutang wajib bayaq jadi azizan bayaq tak tinggai sebulan pun.... zaman hangpa dulu bukan kata hutang tak bayaq tapi tiap-tiap tahun buat hutang...

    jadi hasil pekin perut.. tampung sini sikit... situ sikit...jadi duit keluaq masuk tuuu kira balance jaa utk digunakan untuk urus tadbir negeri....ini semua tak dapat bantuan dari pusat sekupang pun...seperti dok pie berutang mcm BN dulu..kira kemaih laa tuuu...hasil bumi dan cukai negeri guna kot tuuu....

    Lanie duit cukai dari rakyat Kedah hangpa rembat jadi bagi la balik supaya rakyat Kedah dapat kesenangan dan kenikmatan semula....kira duit bantuan banjir tuuu hasil kutipan cukai dari rakyat Kedah laaaa...yg hangpa dok dengki tak bagi buat apa...kalau mcm tuuu biaq Rakyat Kedah bayaq cukai kat Lembaga Hasil Negara Kedah... senang habih cerita... nanti kutipan duit tu biaq kami urus sendiri..ok laa jugak....

    Aduhai sembang macam taik ja hangpa nie....nama ja menteri tapi otak macam lembu.....

    Dibidas enggan guna hasil negeri

    GUAR CHEMPEDAK 29 Okt. - Kerajaan Pas Kedah dibidas kerana hanya tahu meminta-minta daripada Kerajaan Pusat tanpa mahu menggunakan pendapatan negeri untuk menangani masalah banjir.


    Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Pas sering mendakwa kononnya hasil pembalakan negeri diraih lebih tinggi berbanding ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah, maka hasil itu sepatutnya digunakan untuk menangani masalah banjir.

    "Apa sudah jadi dengan keuntungan dalam hasil balak yang dijual kerana sebelum ini mereka kata hasilnya lebih tinggi berbanding waktu BN memerintah Kedah?

    "Kalau benar hasilnya tinggi sepatutnya ia digunakan untuk rakyat dalam menangani masalah banjir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban Koridor Utara dan Zakat Aidiladha Parlimen Jerai di Kompleks FAMA di sini hari ini.

    Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kedah akan merayu untuk mendapatkan bantuan banjir sekurang-kurangnya RM10 juta daripada Kerajaan Pusat dengan segera kerana kerajaan negeri tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk menghadapi bencana itu.

    Azizan berkata, pihaknya akan mengarahkan bahagian kewangan negeri untuk menulis surat rayuan kepada Kerajaan Pusat bagi mendapatkan bantuan banjir tersebut.

    Mukhriz berkata, kerajaan negeri sepatutnya menggunakan hasil pembalakan itu untuk persediaan menghadapi sebarang bencana yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

    Bagi BN, beliau berkata, sama ada memohon atau tidak daripada Kerajaan Pusat, BN tetap akan membantu dengan menyediakan bantuan kepada rakyat memerlukan jika berlaku bencana atau malapetaka.

    "Cuma kita nak pastikan agar jangan pula apabila Kerajaan Pusat beri bantuan, kerajaan negeri pula nak ambil nama dengan mengatakan ia daripada mereka.

    "Sepatutnya, jangan dipolitikkan soal bantuan bencana dan sebab itu BN mahu ia (bantuan) terus kepada rakyat dan tidak perlu pihak ketiga," tegasnya.

    Tambah Mukhriz, berdasarkan pengalaman lalu, kerajaan Pas negeri tidak mampu untuk membantu rakyat menghadapi bencana banjir dan kerja-kerja agihan bantuan lebih banyak dilakukan oleh Kerajaan Pusat dan BN sendiri.

    Muka Blogger-Blogger Umno Yang Kononnya Cukup Power!!!.

    Oleh: siasahkini
    "

    Chief UMB Umno


    Ini Muka-muka pengendali blog-blog UMB Umno. Yang pasti depa ni tak sekepala dengan blogger-blogger umno yang lain macam Papagomo dan lain-lain.


    Apa nama blog-blog depa? Power sangatkah depa ni dalam berblog. Untuk apa ditubuhkan UMB? Macam sempoi jaaaa.. Tapi Sk tak banyak tau blog-blog depa ni... Jika anda kenali mereka sila tinggalkan link web depa di sini. Boleh Sk pi jengoi-jengoi blog depa



    Yang pasti ada:-
    1- Blog Double Y.
    2- Blog Tun Faisal.


    Gambar 1
    Gambar 2
    Gambar 3
    Gambar 4
    Gambar 5
    Gambar 6
    Gambar 7
    Gambar 8
    Gambar 9
    Gambar 10
    http://siasahkini.blogspot.com/"
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...