Jumaat, 13 April 2012

Gambar2: Fenomena Halo.. Yang Terjadi Di Ibu Negeri Kedah Darul Aman Tengah Hari Kelmarin..



http://speakerpecah.blogspot.com


ALOR SETAR -  Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan satu fenomena alam di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan.

Ia yang dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari semalam.
 
 

http://speakerpecah.blogspot.com
Sinar Harian

Selain itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apabila ingin merakam gambar halo tanpa pelingungan matahari kerana ia akan memberi kesan merbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-Lens refles (SLR).


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia kepada Bernama, keadaan itu adalah satu fenomena yang semula jadi.

"Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 hingga 18,000 meter di atas paras tanah," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, dalam amalan pemerhati cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Selain itu, lapisan awan yang dipanggil cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi ada kalanya matahari atau bulan juga boleh dilihat sebagai bayangan malap emallui lapisan awan yang tebal.

Difahamkan, apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

"Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja," katanya.
sedakasejahtera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...