BAHAN-BAHAN:
  • 300gm rebung | dihiris
  • 200gm daging cincang
  • 2 sudu makan
  • rempah kari daging
  • 125ml santan
  • 125ml air
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:
  • 4 ulas bawang merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 2.5cm halia | dihiris halus | dihiris
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, bunga cengkih, jintan manis, kulit kayu manis dan daun kari sehingga berbau harum.
  2. Sementara itu, masukkan rempah kari daging di dalam sebuah bekas, campurkan dengan air dan gaul rata.
  3. Masukkan rebung dan daging cincang. Gaul sebati.
  4. Masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. Kacau sehingga pecah minyak dan wangi.
  5. Selepas itu tuangkan santan. Adun hingga sebati.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak selama 20 minit. Angkat dan ketepikan.

majalahrasa