Selasa, 3 April 2012

Menara Berkembar Parsi di Tehran, Iran

Tehran, ibu negara dan bandaraya terbesar di Iran, dibelenggu oleh pencemaran udara yang melampau, 80% daripadanya disebabkan oleh trafik lalulintas. Dengan penduduk sekitar 8.5 juta orang, dianggarkan bahawa 27 orang mati setiap hari daripada penyakit berkaitan pencemaran, menunjukkan bahaya yang ketara dan membawa maut hasil daripada pencemaran lalu-lintas. Dengan merekabentuk sebuah menara dengan dua kaki yang dihubungkan, penggunaan tanah untuk pembangunan dapat diminimumkan. Pembinaan ini hanya menggunakan sekitar 1,200 meter persegi tanah berbanding 30,000 meter persegi bagi pembangunan tipikal sebuah menara biasa. Menara ini dilengkapi dengan 1,200 unit perumahan.


 
 

Bentuk keseluruhan menara berketinggian 600 meter ini diilhamkan berdasarkan reka bentuk muqarnas, iaitu sejenis pintu gerbang dan sistem kabel  tradisional Iran . Unit-unit kediaman akan kelihatan 'tergantung bersama' daripada dua kaki kukuh struktur ini. Struktur kaki terdiri daripada kekuda dengan teras yang  mempunyai tempat letak kereta di bahagian bawah. Ini membantu memastikan mereka ringan, dan struktur yang fleksibel jika berlaku gempa bumi.


 

Di bahagian atas menara ini, lantai yang kukuh dibina di atas sel-sel yang tergantung untuk mewujudkan sebuah taman hijau atas bumbung yang luas untuk kegunaan penduduknya beriadah. Kedudukan taman yang tinggi dan sel-sel kediaman rumah yang tersusun membantu melindungi pendudk daripada pencemaran bunyi bandar, dan melindungi mereka daripada cahaya terik matahari.



.archdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...