SETEM dan sampul surat pertabalan diraja dijual Khamis ini.
Penjualan koleksi Sampul Surat Hari Pertama berharga 50 sen terhad sehari (Khamis) di cawangan Pos Malaysia seluruh negara.
“Ada tiga reka bentuk iaitu potret Seri Paduka dalam persalinan Istiadat Diraja berharga 60 sen, potret Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong berharga 80 sen, manakala potret baginda dalam pakaian rasmi sebagai Ketua Angkatan Tentera Malaysia berharga RM1 sekeping,” katanya, semalam.
Sementara itu, Pos Malaysia juga mengeluarkan Lembaran Mini eksklusif sempena memperingati penggal kedua pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong dan dijual pada harga RM5.
Keunikan Lembaran Mini berukuran 140 mm X 75mm itu memaparkan teknik khas percetakan emas yang julung kali digunakan untuk percetakan Lembaran Mini di Malaysia.
Lembaran Mini itu memaparkan setem terdahulu yang pernah dikeluarkan sempena memperingati Seri Paduka ketika pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1971 dan 2012.
BERITAHARIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan