Pelakon wanita, pengacara dan juga model, Haryati Hamzah atau Yatt Hamzah akhirnya terbuka untuk berhijrah memakai tudung setelah merasakan niat dan serunya untuk berubah telah datang.
Yatt yang telah memakai tudung secara ikhlas meluahkan, niat untuk dia memakai tudung itu sudah lama tertanam dalam dirinya namun, masih lagi belum tiba waktu yang sesuai.Tetapi, kuasa Tuhan, setelah dia pulang dari menghadiri kelas Usrah, niat untuk berubah menjadi lebih baik itu muncul dan seterusnya menggalakkan dirinya untuk bertudung.“Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.“Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah,” kata Yatt seperti dalam Media Hiburan.
Pelakon yang juga seorang ibu itu juga mengakui suaminya adalah orang yang paling gembira dengan perubahan dirinya.Malah, Yatt tidak pernah dipaksa untuk bertudung oleh suaminya walaupun suaminya pernah menasihatinya untuk berubah.“Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu,” katanya.
Justeru itu, Yatt berharap dan berdoa agar perubahan dirinya itu akan kekal dan sentiasa tabah menghadapi perjalanan hidup lebih-lebih lagi sebagai anak seni.“Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini,” kata Yatt.
Sebelum ini, dua orang pelakon wanita, Abby Abadi telah berhijrah memakai tudung setelah pulang dari menunaikan umrah di Mekah dan pelakon, Enot juga turut mengikut jejak langkah yang sama.
INFORMASI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan