Isnin, 2 Julai 2012

Asam Pedas Kedah


Sebut saja asam pedas ... ada mcm2 versi ikut negeri masing2... Kat umah ni selalunya ada 2 versi yg selalu dimasak iaitu Kedah ngan Johor. Anak2 pun x kisah mana2 versi.. dua2 suka. Tapi kalau nak berdiet tu... asam pedas Kedah yg paling sesuai kerana x pakai minyak cuma rebus aje... Jom kita layan resepinya...
 
 
 
 
 
 
 
 


Bahan-bahannya:
Ikan kembung - dibersihkan
2 keping asam keping
1 batang serai - dititik
kacang bendi
beberapa tangkai daun kesum
sedikit air
Garam secukup rasa


Bahan Tumbuk/Giling
5 tangkai cili kering - dibuang bijinya
1 sudu besar jintan manis
4 ulas bawang merah
sedikit belacan

Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan tumbuk/giling, air, asam keping, serai dan daun kesom ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yg perlahan sehingga mendidih.
3. Masukkan  garam secukup rasa, bendi dan ikan. Jgn masak terlalu lama supaya ikan tidak hancur.
4. Bila dah masak angkat dan hidangkan...


* Bendi boleh digantikan dgn timun atau ubi keledek
* Ikan ikut kesukaan anda
* Jika suka boleh masukkan hirisan bunga kantan.
* Jika inginkan lebih pedas tambahkan cili kering.
dapurzurena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...