Hetero Chroma : Baka Kucing Belaan Nabi
Kucing hetero chromia dari baka
Turkish Angora adalah dianggap sebagai warisan negara. Kerajaan Turki
sejak 1817 secara aktif membiakkan kucing Angora hetero chromia di Zoo
Ankara bagi memastikan ianya tidak pupus. Kucing hetero chromia yang
matanya bewarna hijau dan emas adalah yang paling beharga. Ini adalah
kerana menurut kepercayaan tradisi Turki , kucing milik Nabi Muhammad
S.A.W bernama Muezza adalah seekor Turkish Angora yang mempunya mata
sebegini.
Kucing tersebut yang mempunyai mata
dengan dua warna berbeza selalunya boleh dijumpai pada baka kucing
Turkish Van, Turkish Angora, Sphynx, Persian, Oriental Shorthair dan
Japanese Bobtail. Ianya juga berlaku pada kucing bewarna putih dari baka
di atas. Sungguhpun begitu kucing hetero chromia bewarna lain juga
wujud tetapi ia jarang berlaku.
twenty2december.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan