Selasa, 4 Disember 2012

MUKTAMAD: Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman Turun Pangkat & Wan Syarifah Nooraazmanita Turun Gaji!

Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan MUKTAMAD: Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman Turun Pangkat & Wan Syarifah Nooraazmanita Turun Gaji!
Hukuman kes khalwat : Kalau sebelum ini, Datuk Seri Hasan Abdul Rahman telah kena gantung tugas selama 2 minggu daripada 14 November 2012 sehingga 3 Disember 2012.
Dan semalam, hasil mesyuarat SPA yang dipengerusikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam dah “jumpa” hukuman yang sesuai untuk diberikan kepada Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman ini dan pasangannya, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan. 



Tindakan Tatatertib SPA Kepada Kakitangan Kerajaan Yang Berkhalwat?

Tindakan tatatertib terhadap terhadap kedua-dua kakitangan kerajaan ini mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
  • Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahmanmerupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan Malaysia kena turun pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang beliau pegang sekarang ini
  • Manakala, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
Dato. Dr. Hasan bin Abdul Rahman MUKTAMAD: Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman Turun Pangkat & Wan Syarifah Nooraazmanita Turun Gaji! 
 
Owh…hanya kena turun pangkat sahaja. Semakan kami juga di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi menunjukkan yang Datuk Seri Dr,. Hasan Abdul Rahman masih lagi menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.

Datuk Dr. Hasan KKM MUKTAMAD: Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman Turun Pangkat & Wan Syarifah Nooraazmanita Turun Gaji! 

Cumanya mungkin pangkat sahaja diturunkan kepada TURUS III.

Mungkin inilah salah satu contoh hukuman yang akan diberikan & digunapakai kepada kalangan kakitangan awam yang terbabit dengan kesalahan, seperti yang pernah dilakukan sendiri oleh kakitangan kerajaan yang berjawatan tinggi seperti gambar di atas.

P/S : Nampaknya warga kerja terutamanya kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus bersua dan dapat berjumpa dengan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman selaku Ketua Pengarah Kesihatan anda
beritasemasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...