Sabtu, 1 Disember 2012

Waktu-waktu yang diharamkan solat

Waktu-waktu yang diharamkan solat
Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu- waktu yang
dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim [Karahah tahrim
adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan 
perlu kepada takwil]
Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan

 

Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu

1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan
pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)


Kadar tombak adalah 4 darjah

Satu darjah bersamaan 4 minit


2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).

Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.


Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit

Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit


3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.



Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan

1)Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari
Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk
 solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:
1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat


2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,

seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.
Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu 
berhubung dengan tempat dan waktu.
1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan
kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di
       kawasan 
ini pada
bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.
2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat
Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada
bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)
Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti solat sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun
kerana sebab muqaran (sebab bergandingan) seperti     solat gerhana
matahari dan 
bulan
Hukum solat ketika khutbah jumaat
Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk
solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid
dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid
itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...