Sabtu, 14 September 2013

Koleksi Buah2an Yang Semakin Dilupakan???

Source Extracted from Google
Kalau setakat buah epal, oren, lai, anggur, pear, plum, papaya and etc. kita dah biasa sangat jumpa kat mana2 pun kan??? Tapiii... yang jarang dan tak pernah nampak di pasar... hurmm... buah juga tapi "market" tak banyak yang ada jual atau memang tak jual langsung...kalau nak pun, kena balik kampung baru boleh jumpa atau makan...
 
BUAH CERMAI
Source Extracted from Google
Ini rupanya buah cermai yang dah dijadikan jeruk. Salah satu jeruk "favourite" saya ni... ^_^... Kalau makan "purely" dari pokok tu saya tak pernah lah, tapi yang dah dibuat jeruk selalu... Kalau jumpa jeruk buah cermai ni, boleh mengadap semangkuk sorang jer...tak ingat orang lain dah...he he he...
BUAH KERANJI
Source Extracted from Google
Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, Suruh makan dia makan, suruh mengaji dia tak tahu...
Kan kan kan? Yang ni "seriously" Cik Puan Bubbly sendiri tak pernah makan...dan tak tau pun boleh makan ke tak... "first time" tengok ni sebenarnya ni..he he he...tapi menurut pembacaan ... dikatakan yang buah ni masam, bila dah makan, orang dulu2 atak kanak2 zaman dulu tak buang biji. Bijinya mereka akan kumpul buat permainan.
BUAH TAMPOI
Source Extracted from Google
Boleh??? Ngaku yang sendiri "post" pasal buah ni, sendiri tak pernah makan... dikatakan isi buah tampoi yang manis menjadikan ia dipetik untuk dimakan dan dijual. Siapa pernah makan? Cuba kongsi sikit?
BUAH SENTUL
Source Extracted from Google
 Ini pun sama, Cik Puan Bubbly tak pernah makan...huh...banyak betul buah yang tak pernah makan ni...Dikatakan, buahnya berbentuk bebola macam yang "uols" nampak kat atas ni, berdiameter 5 hingga 7 cm, berwarna kuning keemasan dan berbulu lembut. Kulit buahnya tebal dan agak liat. Isi buah sentul berulas2...tengok cam manggis jer... dan tidak mudah lekang daripada bijinya. Selain dimakan segar, buah sentul juga dibuat acar dan jeruk.
BUAH ARA
Source Extracted from Google
Buah ara atau yang dikenal sebagai "figs" dalam bahasa Inggeris, "figue" dalam bahasa Perancis. Umat Muslim mengenali buah ara sebagai buah tin. Buah ara berasa manis dan kaya dengan nutrisi serta memiliki banyak manfaat bagi kesihatan. Dan buah ni juga tersedia dalam bentuk yang dikeringkan. Mengandungi vitamin A, B dan mineral seperti fosfor, zat besi, kalsium dan mangan.
 
*Dalam 5 yang disenaraikan berapa banyak jenis buah yang "uols" pernah rasa atau makan? "Me???"... satu jer lah dari semua yang di atas tu, buah cermai... he he he... ^_^ 
 http://www.bubblynotes.com/

1 ulasan:

  1. BUAH CERMAI = Masam...tapi kalau jeruk sedap
    BUAH TAMPOI, SETUL..dah lama tak makan...sama juga dengan buah keranji..makin kurang jumpa........

    Buah Tin...jumpa..tapi yang kering tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...