Isnin, 11 November 2013

Logo Baru, KPM Tukar Visi dan Misi Yang Baru Pula

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.


Visi dan Misi Baru KPM

 
Visi dan misi baru KPM adalah seperti berikut:-



VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"


MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"


Dan buat semua yang nak tahu dan tertanya-tanya apa visi dan misi KPM yang lama, saya sediakan siap-siap kat bawah nih sebagai rujukan.. Kot-kot ler ada yang bandingkan ke, apa ke.. Mohon juga kepada yang membaca agar komen dengan membina dan ilmiah.



VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang 

MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti 

Pada pendapat saya, mungkin ini sebahagian daripada transformasi menjenamakan semula KPM supaya sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa. Lagipun, yang terlibat nak tukar menukar visi misi ini bukan seorang dua. InshaAllah kumpulan yang bermesyuarat tersebut telah melakukan yang terbaik dengan mengambilkira semua perkara.


Bacaan tambahan...
Logo Rasmi Baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
logo-baru
Maksud Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. 
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.


OPEN : WAH.......... kena hafal dan faham kedua-dua V dan M ini......... bahaya kalau jemaah nazir datang tanya tak tau...
w.cikguhailmi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...