Ahad, 6 Julai 2014

resepi - Sata Ikan kelantan Sedapnya


Hari tu masa kat Kelantan, pergi pantai Irama, ternampak ada pakcik jual sata ikan. Asyik jeling-jeling je. Akhirnya rembat juga la nak merasa. Sekali makan memang sedap. Secukup rasa. Pandai pakcik ni buat. 
Rugi pula tak beli banyak-banyak. Pak cik ni jual guna motor je. Bila dah makan ni, terasa la juga nak kingsi resepi cara nak buat sata. Mudah je nampak. Jom Kita belajar...

Sata Ikan kelantan Sedapnya 




Pertama, sediakan bahan * :

Isi ikan - 1 kg
Kelapa parut sebiji
Bawang merah yang dihiris
Halia yang dihiris
Garam dan gula
Sedikit cili merah yang dihiris

Bahan lain :

Daun pisang

Ok, sekarang jom main masak-masak...

Tumbuk semua bahan * di atas dan gaul sehingga sebati
Dah rasa-rasa sebati, bentangkan daun pisang seluas-luasnya..ehhh..jangan marah..seterusnya layurkan daun pisang dan bubuh bahan * tadi dan bungkus macam bentuk kon.
Haaa, dah siap bungkus comel-comel, dah boleh bakar dan tunggu sampai masak dengan api sederhana. Nak mudah cucuk dengan lici terlebih dahulu sebelum bakar

Siap bakar, boleh la dihidangkan waktu petang...atau ikut suka hati lah..tambah kalau ada air kepala memang menyelerakan...Teringin pulak rasa nak buat ni untuk bakal encik suami..ehhhhh...

Ok lah, selamat mencuba... hihi..
 http://www.zazazehra.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...