Selasa, 7 Julai 2015

Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri ::



Petua ini diajarkan oleh Dato Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda,menawan dan berseri..Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja,asalkan kita istiqamah mengamalkannya..
 
 
 


Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
~ambil air segelas
~baca al-Fatihah sekali
~Ayatul Qursi sekali
~Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
~Tiup dalam air dan minum..Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga..
{Surah al-waqiah ayat 35 -38}


Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri,awet muda luaran dan dalaman,amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

~Baca "Ya Badiyah" 1 x
~Baca "Ya Nur" 1x
~Baca "Ya Hadi" 1 x
~Baca "Ya Allah" 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan,kemudian sapu ke muka kita..Lakukan setiap hari..


Cara 3:
~Amalkan membaca ayat2 seperti berikut :

~Baca ayat ke 35,36,37 dan 38 dari Surah Al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh..
~Selepas baca ayat2 ini,hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut..

Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik,muda dan bertenaga luar dan dalam.. Kita sentiasa berusaha untuk lebih baik apa yang telah ada. Perbaiki dengan usaha kita tidak salah, malah tidak mengubah akan kejadianNya~

Semoga Bermanfaat..
 
 alfatehdarwisya.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...