Di Malaysia kos pembikinan sesebuah filem boleh dikatakan tidak tinggi
kerana kebanyakkan filem tempatan selalunya menelan kos sekitar RM1.5
juta sahaja.
Terdapat juga beberapa filem yang menelan belanja besar seperti termasuk
"KL Gangster 2" yang menelan belanja lebih RM4 juta dan juga filem
animasi terbaru terbitan KRU Studios yang dijangka menelan belanja
sebanyak RM15 juta.
Tetapi jika kita nak bandingkan kos pembikinan filem di Malaysia
hanyalah sekitar 1 hingga 10 peratus daripada kos pembikinan filem di
Hollywood.
Oleh itu, kali ingin kami ingin menyenaraikan beberapa filem-filem
paling mahal pernah dibuat yang dipetik dari myfirstclasslife:
Avatar - USD246 juta (sekitar RM933 juta)
|
Sumber foto: giphy.com |
Filem arahan James Cameron yang ditayangkan pada tahun 2009 adalah filem
keduanya yang mendapat kutipan tertinggi ketika itu selepas "Titanic"
arahannya. Pengarahnya menunggu selama 10 tahun untuk menghasilkan filem
ini kerana teknologi sebelum itu belum ada untuk menzahirkan visi
filemnya. Penungguan yang berbaloi kerana filem "Avatar" telah berjaya
mendapat kutipan sebanyak RM2.78 billion (sekitar RM10.55 billion).
Harry Potter and the Half-Blood Prince – USD250 juta (sekitar RM948 juta)
|
Sumber foto: giphy.com |
Francais filem "Harry Potter" ada banyak, tetapi untuk filem keenam ini
telah menelan belanja besar, namun filem ini mendapat sambutan luar
biasa apabila berjaya mendapat kutipan di seluruh dunia sebanyak
USD934.4 juta (sekitar RM3.544 billion).
Spider-Man 3 – USD258 juta (sekitar RM978.67 juta)
|
Sumber foto: giphy.com |
Filem lakonan Tobey Maguire ini merupakan francais paling berjaya.
Dengan kos sebanyak USD258 juta (sekitar RM978.67 juta), "Spider-Man 3"
berjaya mendapat kutipan memberangsangkan iaitu sebanyak USD890.9 juta
(sekitar RM3.379 billion).
Tangled – USD260 juta (sekitar RM986 juta)
|
Sumber foto: giphy.com |
Puteri Disney pada tahun 2010 ini adalah satu-satunya filem animasi yang
menelan belanja besar iaitu sebanyak USD260 juta (sekitar RM986 juta).
Walaubagaimanapun, kutipan filem ini di seluruh dunia boleh dikatakan
agak memuaskan apabila berjaya mendapat sebanyak USD591.8 juta (sekitar
RM2.244 billion).
John Carter – USD263.7 juta (sekitar RM1 billion)
|
Sumber foto: giphy.com |
Filem ini pada mulanya mahu dijadikan sebagai filem animasi oleh Disney
pada tahun 1930, tetapi ia tidak pernah diriliskan. Sebaliknya, Disney
menunggu hampir 70 tahun untuk meriliskan filem 'live action'.
Bagaimanapun sambutan terhadap filem ini tidak seperti yang dijangkakan
apabila hanya mendapat kutipan sebanyak USD284.1 (sekitar RM1.007
billion).
Pirates of the Caribbean: At World's End – USD300 juta (sekitar RM1.137 billion)
|
Sumber foto: giphy.com |
Filem bersiri "Pirates of the Caribbean" sememangnya filem yang
dinanti-nantikan dan kejayaan filem ini diterjemahkan dengan kos
pembikinan yang menelan belanja sebanyak USD300 juta (sekitar RM1.137
billion). Walaupun pengkritik filem tidak berpuas hati dengan filem
ketiga ini, namun ia tetap berjaya mendapat kutipan sebanyak USD963.4
juta (sekitar RM3.645 billion).
tupai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan