CIRI-CIRI WANITA YANG MEMBAWA REZEKI BUAT SUAMINYA
1. Wanita yang taat pada Allah dan Rasul-Nya.
Ada empat faktor yang menjadi pertimbangan sebelum menikahi seorang wanita, iaitu kerana (1) kecantikannya, (2) keturunannya, (3) hartanya dan (4) agamanya. Kita diperintahkan untuk memilih wanita atas faktor agamanya, beruntung sekali jika boleh mendapatkan keempat-empat ciri tersebut. Wanita yang taat pada Allah dan Rasul-Nya akan membawa rumahtangga menuju syurga, menuju ketenteraman. Rumah tangga yang tenteram, nyaman, bahagia adalah rezeki yang sangat berharga. Rumahtangga yang dinahkodai suami yang soleh didampingi isteri yang solehah akan menjadikan rumahtangga itu diberkati, menghasilkan anak-anak yang soleh / solehah, mendapatkan redha dan rahmat Allah.
2. Wanita yang taat pada suaminya.
“Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya” (H.R. Tirmidzi dan Ibnu Majah). Sepanjang perintah suami tidak bertentangan dengan agama, maka isteri wajib mentaatinya. Ketaatan seorang isteri pada suaminya akan membuatkan hati suami tenang dan damai dan boleh menjalankan tanggungjawabnya untuk mencari rezeki yang halal buat keluarganya. Akan halnya wanita yang berkerjaya di boleh terus bekerja sepanjang suaminya mengizinkan dan kewajibannya untuk menjaga diri dengan baik di tempat kerja.
“Laki-laki adalah pemimpin atas wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari mereka (lelaki) atas sebagian yang lain (wanita) dan dengan sebab sesuatu yang telah mereka (lelaki) nafkahkan dari harta-hartanya. Maka wanita-wanita yang soleh adalah yang taat lagi memelihara diri di belakang suaminya sebagaimana Allah telah memelihara dirinya“. (Q.S. An Nisa : 34).
3. Wanita yang melayani suaminya dengan baik.
Tugas utama isteri adalah menjalankan tugas rumahtangga dengan sebaik-baiknya, melayani suami dengan baik serta mendidik anak-anaknya. Isteri yang baik berusaha melayani suaminya dengan baik seperti menyiapkan makanannya, menyiapkan keperluannya, memenuhi kehendaknya, menjaga perasaan suami jangan sampai suami terluka dengan sikapnya. Wanita yang demikian akan menjadi kesayangan suaminya dan akan menjadi ‘partner’ yang baik dalam mewujudkan rumahtangga yang sakinah dan menarik hal-hal positif ke dalam rumahtangganya termasuklah rezeki buat suaminya.
CIRI-CIRI WANITA YANG MEMBAWA REZEKI BUAT SUAMINYA
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wnita solehah” (H.R. Muslim). Adalah sifat wanita yang suka bersolek dan berhias, tapi wanita yang soleh hanya berhias dan menampakkan perhiasan untuk suaminya. Wanita yang jika dipandang suaminya selalu menyenangkan dan tahu bagaimana menyenangkan suaminya. Wanita yang bahkan malaikat pun mendoakannya akan memudahkan rezeki datang padanya.
5. Jika ditinggal menjaga kehormatan dan harta suami
Saat suami keluar mencari nafkah, isteri yang ditinggalkan di rumah harus menjaga kehormatannya, menjaga dirinya dari tetamu yang ajnabi dan tidak dikenali, membatasi keluar rumah jika tidak terlalu penting. Harta suami yang ditinggalkan padanya digunakan pada hal-hal yang bermanfaat dengan keizinan suaminya. Wanita seperti ini memudahkan rezeki masuk ke dalam rumahnya sebagai upah dari ketaatannya kepada Allah dan kesetiaan pada suaminya.
6. Wanita yang sentiasa meminta redha suami atasnya
Wanita ini tahu bagaimana menyenangkan hati suaminya. Menjaga sikap dan perilaku agar tidak menyinggung dan melukai perasaan suaminya. Dia selalu berusaha agar suaminya tidak marah padanya. Dia tidak akan pergi tidur dalam keadaan marah atau meninggalkan suaminya dalam keadaan marah sehingga suami memaafkannya. Mengajak suaminya bergurau senda untuk menceriakan hari-harinya. Berusaha mendidik anak-anaknya dengan baik. Menjaga rahsia perkawinan dari orang lain. ” Maukah kalian kuberitahu isteri-isteri yang menjadi penghuni syurga iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya, dimana jika suaminya marah dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata ” Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha” (H.R.An Nasai). Isteri seperti ini adalah isteri yang dimudahkan rezekinya melalui tangan suaminya atas amalan dan kesetiaan pada suaminya,
7. Wanita yang menerima pemberian suami dengan ikhlas
Wanita yang tidak pernah mengeluh berapapun rezeki yang dibawa pulang suaminya. Selalu ikhlas menerima dan menghargai apapun yang diberikan suami kepadanya. Banyak disyukuri sedikit pun diterima dengan ikhlas. Wanita seperti ini adalah wanita yang bersyukur akan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya. Allah sudah menjanjikan bahwa jika kita bersyukur Dia akan menambah rezeki kita. Wanita yang bersyukur dan ikhlas rezekinya sentiasa bertambah baik dari segi kuantiti mahupun keberkatannya yang akan diberi Allah langsung kepadanya ataupun melalui suaminya.
CIRI-CIRI WANITA YANG MEMBAWA REZEKI BUAT SUAMINYA
Wanita yang menjadikan rumahtangganya sebagai ibadah, pengabdiannya kepada Allah. Menjadi pendengar yang setia bagi suami. Boleh melakukan koreksi dan menyampaikan dengan lembut kepada suaminya. Mendengarkan nasihat dan kata-kata suaminya dengan penuh perhatian. Sebelum melaksanakan ibadah sunat seperti puasa sunat meminta izin kepada suaminya dan tidak melaksanakan jika tidak diizinkan. Menjadi pendorong dan ‘motivator’ suami untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat. Itulah mengapa ada kalimat “Disebalik lelaki yang berjaya ada wanita hebat di belakangnya” kerana wanita seperti ini adalah rezeki utama suaminya.
9. Wanita yang tak pernah putus doa untuk suaminya.
Wanita yang bersyukur adalah wanita yang menerima semua kehendak dan takdir Allah padanya tapi tetap berusaha melakukan yang terbaik termasuk dengan mendoakan suami dan anak-anaknya agar berjaya dunia akhirat. Wanita ini tidak pernah putus doa, bahkan menjadikannya sebagai rutin harian, penghias bibir setelah solat. Wanita ini tahu bahawa rezeki suaminya akan ditambah dan diberkati jika dirinya sentiasa melibatkan Allah pada langkah suaminya melalui doa-doa yang dipanjatkannya setiap hari.
Itulah 9 ciri isteri yang akan membawa rezeki bagi suaminya. Betapa beruntungnya seorang lelaki jika mendapatkan isteri yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas. Jika pun isteri belum memiliki ciri-ciri seperti di atas adalah tugas suami untuk mendidik isterinya, kerana mendidik dan menjaga isteri adalah tanggungjawab suami dan dia akan ditanya di akhirat tentang hal itu. WALLAHUA’LAM…
http://pencetus.com/com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan