![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSnfKab68t0xn6wCbIiJdCGEjuiS6TdOBMgsS1IX9O3v8y9FUmO-Kjz97GC-mAKj-sIkvom69nT09sc6PSoUDRIk9wdeuJEM1XACL_-q9Xn8Nsur-N25qzv7TEBRH2WQCrTys42aKOh9Dd/s1600/images.jpg)
Hari ini saya nak share mengenai bagaimana menjemput rezeki dengan Surah Al-Fatihah. Baik, sebelum itu, tips ini saya dapat dari buku "Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Ustaz Fathuri Salehuddin".
Kaedah 1 :
Masa membacanya di antara Solat Sunat Subuh Dan Solat Subuh. Baca surah Al-Fatihah sebanyak 41x di antara dua solat tersebut. Bismillahirahmanirrahim adalah ayat pertama bagi surah Al-Fatihah.
Kaedah 2 :
Masa membacanya selepas selesai solat 5 waktu. Baca sebanyak 7x.
Kaedah 3 :
Masa membacanya di tengah malam (semasa bangun untuk solat tahajjud). Bacalah sebanyak 41x.
Kaedah 4 :
Pilihlah mana-mana waktu yang sesuai. Kemudian baca surah Al-Fatihah sebanyak 313 kali. Bacalah selama 3,5 atau 7 hari. Membaca al-Quran sebaiknya menghadap kiblat dan ada wudhuk.
myworknowledge.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan