Selasa, 19 Mei 2015

Burung Pelik di Amazon Boleh Menyamar Menjadi Ulat Beracun.

 Kemampuan menyamar atau berkamuflase sangat penting bagi meneruskan hidup  di alam bebas. Penyamaran juga boleh dalam pelbagai bentuk, burung unik di Amazon ini boleh menyamar seperti ulat bulu beracun.

Burung Cinereous mourner boleh berubah menyerupai ulat bulu beracun. Ia mampu mengubah bulu di tubuhnya menjadi kelihatan seperti ulat oren tebal yang dikenali beracun. Bahkan ia juga boleh meniru gerakan menggeliat-geliat yang kerap dilakukan ulat.




Ciri-ciri ini memberikan persamaan berbulu dengan ulat aposematic, "kata Dr Gustavo Londono, seorang ahli biologi di University of California.

"Ulat yang kami temui diukur 12 cm, yang sangat sesuai dengan saiz sarang L. hypopyrra," jelasnya. "Kesamaan morfologi (fizikal) yang mudah dilihat adalah ulat bulu oren dengan hujung putih, yang hampir persis bulu halus panjang meringkuk dengan hujung putih terang. "




Selain menyamar, Cinereous mourner juga terus mengubah tingkah laku selama bertahun-tahun untuk menjaga anaknya agar tetap selamat. Burung dewasa memberi makan setiap satu jam sekali untuk melambatkan pergerakan. Anak burung jadi ikut terbiasa untuk diam di sarangnya agar tidak mengundang pemangsa.

Kemampuan penyamaran burung unik ini baru ditemui saintis pada tahun 2012.


 
 http://najmimirza.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...