Khamis, 28 Mei 2015

Pemandu F1 berpendapatan tinggi


Umum sedia tahu mengenai gaji pemain-pemain bola sepak terutamanya di Eropah dengan gaji mencecah ratusan ribu seminggu sebagai contoh pemain Manchester United iaitu Wayne Rooney yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM1.2 juta setiap minggu iaitu bersamaan dengan RM4.8 juta sebulan.

Selain sukan bola sepak, sukan yang membabitkan gaji lumayan tidak lain lagi pastinya sukan permotoran iaitu Formula Satu (F1). F1 yang mula diperkenalkan pada 1906 ini sangat terkenal dan mempunyai peminat di seluruh pelusuk dunia termasuklah di Malaysia sendiri yang turut merupakan salah satu lokasi perlumbaan F1 Grand Prix.

Bukan mudah untuk menjadi seorang pelumba jentera F1 kerana ia bukan semudah seperti yang disangkakan. Seperti bermain bola sepak yang terdedah dengan kecederaan, pelumba F1 juga berdepan situasi sama, malah mereka juga terdedah kepada kemalangan maut yang pernah dicatatkan antaranya lagenda F1 Aryton Senna.

Inilah dikatakan sukan yang penuh dengan aksi mendebarkan dan menjadi kegilaan ramai tidak kira usia mahupun gender. Oleh itu, pemandu-pemandu ini menerima bayaran yang lumayan untuk membawa jentera yang mempunyai 700 kuasa kuda untuk memenangi kejuaraan Grand Prix setiap musim.

Bersempena dengan perlumbaan F1 Grand Prix yang bakal membuka tirai untuk musim 2015 ini, TUPAI ingin menyenaraikan 10 pemandu F1 yang menerima gaji yang lumayan yang dipetik dari The Richest.

1. Fernando Alonso – RM80 juta

Pemandu kelahiran Sepanyol Fernando Alonso yang memulakan kariernya sebagai pemandu F1 pada tahun 2001 dan menjadi juara dunia pada tahun 2005 dan 2006. Alonso yang kini kembali mewakili pasukan McLaren untuk tahun 2015 dilaporkan menerima gaji paling tinggi pada musim 2014 ketika bersama pasukan Ferrari iaitu sebanyak RM80 juta.

2. Lewis Hamilton – RM80 juta

Pemandu kelahiran England ini merupakan pelumba paling muda dalam sejarah Formula Satu yang menjuarai kejuaraan dunia pada tahun 2008. Hamilton yang mewakili pasukan Mercedes AMG Petronas juga dilaporkan menerima gaji sebanyak RM80 juta.

3. Jenson Button – RM64 juta

Seorang lagi pemandu dari England, Jenson Button ini memulakan kariernya pada tahun 2000 dan selepas sembilan tahun kemudian iaitu pada tahun 2009 dia telah berjaya dinobat sebagai juara dunia. Dia dilaporkan menerima gaji sebanyak RM64 juta.

4. Sebastian Vettel – RM64 juta

Sebastian Vettel yang memulakan kariernya sebagai pemandu F1 pada tahun tahun 2006 bersama pasukan Red Bull. Sepanjang kariernya bersama Red Bull Vettel telah membuktikan bahawa dia merupakan seorang pelumba yang perlu digeruni lawan apabila telah berjaya menjadi juara dunia sebanyak empat musim berturut-turut iaitu pada tahun tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013. Kejayaan Vettel telah melayakkan dirinya meneri gaji sebanyak RM64 juta.

5. Nico Rosberg –RM44 juta

Nico Rosberg memulakan karier F1 pada tahun 2006 bersama pasukan Mercedes AMG Petronas. Walaupun tidak pernah menjadi juara dunia, namun Rosberg menerima gaji yang lumayan iaitu RM44 juta.

6. Kimi Raikkonen – RM40 juta

Rakan sepasukan Fernando Alonso pada musim 2014, Kimi Raikkonen ini pernah menduduki tangga teratas pemandu yang menerima gaji paling tinggi pada tahun 2007. Walaupun prestasinya dilihat tidak konsisten, namun dia tetap menerima gaji sebanyak RM40 juta untuk tahun 2014.

7. Felipe Massa – RM16 juta

Felipe Massa memulakan kariernya bersama pasukan Sauber pada tahun 2002 sebelum berpindah ke pasukan Ferrari pada tahun 2006. Dia kemudiannya telah meninggalkan pasukan Ferrari untuk menyertai pasukan Williams. Massa dilaporkan menerima gaji sebanyak RM16 juta.

8. Daniel Ricciardo – RM10 juta

Daniel Ricciardo memulakan karier sebagai pelumba F1 pada tahun 2011 bagaimanapun mula mendapat perhatian selepas Mark Webber mengumumkan persaraannya seterusnya menjadikan pemandu utama bersama Sebastian Vettel ketika itu. Dia dilaporkan menerima gaji sebanyak RM10 juta.

9. Sergio Perez – RM8 juta

Pemandu daripada pasukan Force India mula mendapat perhatian ramai apabila dia berjaya menduduki podium pada Malaysian Grand Prix 2012 dan diberi gelaran "The Mexican Wunderkind". Dia dilaporkan menerima gaji sebanyak RM8 juta setahun.

10. Romain Grosjean – RM6 juta

Akhir sekali adalah pemandu daripada pasukan Lotus, Romain Grosjean yang membuat penampilan pertamanya pada 2009 dan dengan pemanduannya yang konsisten sepanjang musim telah melayakkan mendapat gaji sebanyak RM8 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...