Khamis, 7 Mei 2015

Ciri-Ciri Pelik Kawan Korang Yang Bajet Hot Stuff

Pernah tak korang kalau ada kat luar macam shopping mall ke, LRT ke, dalam bas ke, mana-manalah tempat awam. Bila korang tengok dia lama-lama secara sengaja atau pun tak sengaja, orang tu tarik muka, feeling-feeling takut macam korang nak ambil kesempatan kat dia ataupun dia rasa bangga!

Benda ni selalu terjadi dalam kalangan lelaki, kadang-kadang tak ada apa pun orang tu yang lebih-lebih rasa dia tu hot stuff sangat. Jadi, kepada segelintir wanita yang selama ni rasa insecure sangat bila nampak lelaki tenung lama-lama kat tempat awam yang ramai orang tu, bukan semua tau yang jahat.

Meh sini kitaorang bagitahu korang apa sebab kena tenung lama-lama dan ciri-ciri orang yang bajet hotstuff ni.



1. Kakak Make Up Awak Tu Kalau Saya Sepak Sikit Boleh Jerebu Tak?

joker
Hakikatnya, orang ngeri tengok make up awak tu kadang-kadang sampai capok-capok bila dah berpeluh. Tapi kira sesuatu yang membanggakan jugalah sebab awak dapat perhatian ramai.

2. Acah-acah Fit/Sado

Macam Wak Doyok pernah kata “sentiasa nampak smart kalau badan saiz M, jangan pakai saiz L”. Tapi klau badan saiz XL pakai baju saiz S. Yang tu dikira macam mana? #akupakaikauyangpanas, memang panas pun mata ni dik.
440

3. Cepat Bangga Diri Bila Kena Puji

fabulous
Cuba korang pergi jumpa sorang minah ni. Korang puji baju dia, kalau lebih daripada 10 orang puji baju dia lawa. Mesti dia akan pakai baju tu dua minggu berturut-turut, paling-paling pun seminggu 3 kali dia pakai satu baju tu.

4. Paksa Diri Tayang Aset Yang Takda Tu

facebook-photo-expectations-vs-reality
Itu la sebab Badan XL pakai baju saiz M, lepas tu kalau selfie dia dada tu sampai separuh nyawa nak kepit. Ada pula yang pankai baju senteng seluar tu kalau boleh nak londeh sampai nampak lurah diselubungi selulit-selulit yang tak diundang.

5. Melaram Tak Kena Masa/Tempat

nasty-girl
Kalau nak melaram tu agak-agaklah, tengok masa/tempat yang korang nak melaram. Contoh kalau nak pergi mana-mana function dinner kat hotel boleh la melaram bagai, janganlah pakai simple-simple. Tapi, bila lepak kat tempat-tempat macam steamboat tu ke tak payah la pakai makeup tebal-tebal depan api panas-panas tu. Buat kena kutuk je!

6. Sanggup Pinjam Barang Orang Semata-mata Nak Nampak Vogue!

borrow
Wujud tau orang macam ni, sanggup nak pinjam baju semata-mata nak nampak lawa bila pergi kelas esok. Kalau ada event tu boleh consider lagi lah, tapi kalau setakat nak pergi tengok wayang, lepak mamak ke rasanya tak payah kot.
 http://www.ohbulan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...