Ahad, 6 November 2011

Teknik Tumbangkan UMNO-Barisan Nasional Di Bulan Zulhijjah

Oleh Ibn_bacoks

PONTIAN Ahli PAS disarankan memperbanyakkan amalan zikir di bulan zulhijjah sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah swt disamping berdoakan supaya kerajaan Barisan Nasional dapat ditumbangkan dalam pilihan raya akan datang.

Perkara ini ditegaskan oleh Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut dengan katanya ada satu amalan yang baik yang boleh diamalkan terutama kepada pendokomg gerakan Islam iaitu dengan perbanyakkan ucapan tahlil.

Beliau memetik sabda Rasulullah saw yang mafhumnya berdasarkan hadis di bulan zullhijjah apabila Nabi Musa as berdialog dengan Allah swt berkenaan soal penerimaan doanya.



Menurutnya, Nabi Musa as memohon petunjuk bagaimana doa itu mudah diperkenankan oleh Allah swt.
Caranya iaitu bilamana berada pada 10 zulhijjah maka diajarnya membaca kalimah ‘lailaha illalLah’ seberapa banyak yang mungkin.

”Baca sekali ucapan ‘lailaha illalLah’ nescaya kalau ambil timbangan dan letak kalimah itu maka lebih berat daripada segala isi yang ada pada alam ini” jelas beliau lagi yang juga bakal calon PAS Dun Benut.

Beliau berkata demikian dalam kuliah mingguannya di Markas PAS Cawangan Simpang Empat Benut, Unit Peti Undi (UPU) Simpang Jawa, Dun Benut, di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau turut menyarankan Dewan Ulamak PAS memperbanyakkan program dalaman dan tarbiyyah sepanjang 10 zulhijjah kerana nilaiannya cukup tinggi disamping mendoakan kemenangan gerakan Islam di negara ini.

”Dewan Ulamak boleh buat program dalaman sepanjang 10 (zulhijjah). Tawasul dengan doa untuk tumbangkan Barisan Nasional.” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu beliau mengingatkan bahawa doa yang tidak diperkenankan Allah bukan bermakna tidak diterima akan tetapi ada hikmah yang tersendiri sama ada didahulukan mahupun dikemudiankan.

”Jangan jemu-jemu berdoa. Kita lihat selepas 60 tahun Nabi Musa as berdoa, Allah terima. Barulah tumbangnya Firaun” ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...