Sabtu, 3 Mac 2012

Salji turun di Masjd Al-Aqsa selepas 4 tahun (3 Gambar)

Masjid Al-Aqsa,BAITULMUQADDIS dan sebahagian besar Israel serta wilayah-wilayah di Palestin semalam dilitupi salji buat kali pertama dalam tempoh empat tahun.

 
Penduduk Palestin bermain salji di sekitar Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

Salji lebih tebal dilaporkan turun di rantau Galilee, utara Israel dan kawasan Hebron Tebing Barat.




Pelancong berjalan di hadapan Kubah Masjid Rock dimana salji meliputi al-Aqsa.
(Gali Tibbon / AFP / Getty Images)

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/0303/Kosmo/Dunia/du_01.1.jpg

TIGA penduduk Palestin bermain salji di sebuah taman di Baitulmuqaddis semalam.

Stesen radio Israel melaporkan bahawa sekolah-sekolah di kawasan yang paling teruk terjejas disebabkan salji telah ditutup manakala perkhidmatan bas antara bandar juga dibatalkan.

Timbunan salji setebal lebih tiga meter dicatatkan di puncak Gunung Hermon di kawasan Bukit Golan yang dikuasai Israel sejak salji turun pada Rabu lepas.

Fenomena tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak salji tebal turun di bandar ini pada musim sejuk 2008. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...