Khamis, 5 April 2012

Kajian Isaac Newton Yang Menghampiri Islam..

Baru-baru ini, masyarakat dunia digemparkan dengan pendedahan terbaru saintis terkenal dunia, Stephan Hawking yang menyatakan bahawa alam semesta bukan dicipta oleh Tuhan tetapi terjadi dengan sendirinya. Pendedahan ini dikeluarkan semasa promosi buku kolobrasi terbarunya dengan Leonard Mlodinow ,The Grand Design. Dalam satu tulisannya dalam The Grand Design, saintis yang terkenal dengan teori Big Bang ini menyatakan;

Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing. Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing, why the universe exists, why we exist. It is not necessary to invoke God to light the blue touch paper and set the universe going.


Teori terbaru beliau itu telah mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat dunia terutama Dr. Rowan William, Archbishop of Centerbury yang dengan lantangnya menentang keras teori terbaru Stephan Hawking tersebut. Selain itu, Chief Rabbi Lord Sacks, ketua paderi Roman Katholik England dan Wales serta Imam Ibrahim Mogra turut serta menghentam teori Stephen Hawking ini.

Dalam satu prosiding perceraian Stephen Hawking dengan bekas isterinya dahulu, Jane menyatakan bahawa Stephen Hawking adalah Atheist.!

Teori dan kepercayaan Stephen Hawking adalah menentang arus dengan kepercayaan tokoh yang memegang jawatan yang sama dengan beliau suatu ketika dahulu di University of Cambridge[1] iaitu yang tidak lain dan tidak bukan Isaac Newton. Isaac Newton yang terkenal dengan kajiannya mengenai Graviti tidak pernah menafikan kewujudan Tuhan dan kekuasaanNya malah dengan tegas menyatakan bahawa alam semesta yang infiniti ini dicipta oleh satu KUASA yang tidak boleh ditanding.!


Isaac Newton 

Siapa yang tidak kenal dengan Isaac Newton, pengasas kepada konsep graviti. Isaac Newton yang dilahirkan pada 4hb Januari 1643 di Woolsthorpe-by-Colsterworth Lincolnshire, England diakui oleh seluruh masyarakat dunia sebagai salah seorang insan berpengaruh sehingga meletakkan diri beliau di tangga kedua selepas Nabi Muhammad saw dalam senarai The 100 yang disusun oleh Micheal H. Hart.

Selain daripada konsep graviti yang membuatkan beliau dikenali di seluruh dunia itu, beliau juga mencipta beberapa konsep matematik seperti konsep kalkulus perbezaan dan pengamiran(Calculus Differential and Integral), memperkenalkan Newton’s Method bagi teknik Root of Functions, dan membuat kajian mengenai Power Series. Selain penemuan besarnya dalam konsep-konsep matematik dan fizik, beliau juga bergiat cergas dalam mendalami konsep astronomi. Jika pembaca masih ingat, beliau adalah pencipta teleskop pantulan cahaya yang pertama. Teleskop ini lebih praktikal serta ringkas daripada teleskop-teleskop yang dicipta sebelumnya. Teleskop ini digunakan secara meluas oleh peminat astronomi amatur kemudian harinya.

Pandangan Newton Mengenai Agama Kristian

Namun, terdapat beberapa perkara yang ramai pembaca masih belum tahu mengenai insan yang pernah menjawat jawatan Lucasian Professor of Mathametics ini. Miskipun hidup Newton diselebungi dengan teori dan konsep matematik, fizik, astronomi dan kimia namun ia langsung tidak memberi kekangan padanya untuk mengkaji dengan mendalam mengenai agama yang sekarang dikenali sebagai teologist.

Menarik untuk diceritakan mengenai Newton ini. Newton sebenarnya adalah pengkaji Bible dan Torah yang konsisten. Newton banyak kali menggunakan ilmu matematik yang dimiliki olehnya bagi menghuraikan kod-kod Bible. Newton percaya dalam Bible tersembunyi kod-kod yang bakal menghuraikan pelbagai peristiwa. Miskipun tidak berjaya tetapi ia telah menjadikan beliau insan pertama yang mengkaji mengenai kod-kod Bible. Malah buku terlaris seperti Da Vinci Code tulisan Dan Brown dan The Bible Code tulisan Simon dan Schuster banyak menggunakan teknik pemecahan kod Isaac Newton.

Teleskop ciptaan Newton

Kritikan kepada ajaran Triniti

Newton adalah penentang ajaran Triniti. Ini dapat dilihat dalam buku tulisannya yang bertajuk An Historical Account of Two Notable Corruptions of Scripture. Miskipun buku ini dikarang beliau sejak 1690 lagi, tetapi ia hanya diterbitkan 24 tahun selepas kematiannya. Newton semasa hayatnya tidak pernah mengumumkan bahawa beliau adalah penentang ajaran Trinity(antitriniti) dek kerana masyarakat Barat ketika itu masih belum terbuka dengan idea antitriniti sepertimana sekarang. Beliau belajar daripada kesilapan rakan baiknya, William Whiston yang secara terang-terangan mengkritik ajaran triniti sehingga Whiston dipecat daripada jawatan professor di University of Cambridge. Lebih merumitkan, William Whiston mengaku menjadi penganut ajaran Arian selepas kajiannya mengenai ajaran Bible dan Torah. William Whiston percaya ajaran Arian adalah ajaran Kristian yang asli. Selain daripada William Whiston, terdapat ramai ahli fizik daripada University of Cambridge yang sezaman dengannya mengkritik konsep Triniti seperti Henry Stubbe(1632-1676) dan John Toland(1670-1722).

Dalam buku An Historical Account of Two Notable Corruptions of Scripture, Newton secara keras mengkritik dua ayat dalam Bible iaitu John 5:7 dan Timothy 3:16 yang dianggapnya menyeleweng dan tersimpang.

Dalam John 5:7

For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and the Holy Ghost: and these three are one.

Mengenai ayat ini, Newton dengan nada tegas mengatakan bahawa tiada ayat seperti ini yang direkodkan dalam Bible yang asal seperti dalam terjemahan asal Greek Bible. Malah dalam satu petikan tulisan Newton dalam buku ini;

“The Ethiopic, Syriac, Arabic, Armenian, and Slavonic versions, still in use in the several Eastern nations. Ethiopia, Egypt, Syria, Mesopotamia, Armenia, Muscovy, and some others, are strangers to this reading

Dalam tulisan lain, beliau menyatakan bahawa sesiapa yang mempercayai konsep triniti berlandaskan ayat John 5:7 adalah sesat. Beliau juga menolak konsep Jesus adalah anak Tuhan dan sifat-sifat ketuhanan yang ada pada Jesus. Jesus menurut Isaac Newton hanya seorang Nabi sepertimana nabi-nabi lainnya dan tugasnya hanya menyampaikan ajaran dan memimpin manusia daripada kesesatan.

Dalam Timothy 3:16

“And without controversy great is the mystery of godliness: God was manifest in the flesh, justified in the Spirit, seen of angels, preached unto the Gentiles, believed on in the world, received up into glory.”
Newton menolak dengan keras ayat God was manifest in the flesh yang menurutnya seperti mempersendakan Tuhan dan menolak sifat kesempurnaan yang dipunyai oleh Tuhan. Dalam beberapa tulisan Newton dalam buku ini, beliau menyatakan bahawa Athanius[2], paderi yang mempelopori ajaran Triniti pada zaman Constatine I telah mengubah banyak ayat-ayat dalam Bible bagi memastikan ajaran Triniti tidak dipersoalkan.

Kajian Newton yang menghampiri konsep Islam

Pengeluaran buku tulisan Newton itu telah mencetuskan perdebatan antara masyarakat Kristian. Mereka mempersoalkan mazhab Newton yang sebenarnya malah agama beliau pun turut dipersoalkan. Walaubagaimanapun, banyak pendapat mengatakan Newton menganut ajaran Arianism yang mana ia turut dianut oleh rakan baiknya sendiri, William Whiston. Menurut sejarahwan Stephen D. Snobelen, Newton sekurang-kurangnya adalah seorang Socinian sympatizer[3] kerana dikatakan membaca sekurang-kurangnya lapan buah buku ajaran Socinian. Dapat dilihat di situ bahawa setiap kajian Newton adalah berteraskan ajaran monotheist dan ajaran yang menolak konsep ketuhanan Jesus Christ. Ini menunjukkan bahawa Newton telah menghampiri Islam dalam aspek kajian yang dijalankannya.

                                   Draf milik Isaac Newton

Newton Islam?

Dalam suasana zaman pertengahan yang masih belum terbuka mengenai agama, Newton kelihatan bersifat sedikit radikal seperti beliau kerap menolak pelawaan untuk menjawat jawatan dalam agama Kristian dan wasiatnya supaya tidak dilakukan upacara agama Kristian ketika majlis pengebumiaannya. Ini memungkinkan bahawa Newton telah menganut satu ajaran yang melebihi ajaran Arianism. Perlu diketahui bahawa ajaran Arianism adalah sepertimana ajaran Islam. Malah, banyak cendiakiawan mengatakan ajaran Arianism adalah ajaran Nabi Isa yang asli dan menjadi asas kepada ajaran Rasulullah saw selepas itu.

Newton terkenal sebagai seorang yang perahsia. Beliau tidak pernah menyatakan agama anutannya semasa hayatnya. Namun, walau apapun agama anutan Newton, yang pasti Newton bukannya Atheist malah menolak sekeras-keras ajaran Atheist. Dalam satu sindirannya terhadap ajaran Atheist;

“Atheism is so senseless. When I look at the solar system, I see the earth at the right distance from the sun to receive the proper amounts of heat and light. This did not happen by chance.”

Beliau sebenarnya pendokong utama ajaran monotheist yang hanya mempercayai Tuhan adalah Esa dan tidak ada sekutu kepadaNya. Adakah Newton menganut Islam dalam sembunyi-sembunyi?waallahualam.

Jawapan kepada Teori Stephen Hawking

Stephen Hawking hanya ‘pengguna’ konsep graviti ciptaan Isaac Newton. Jadi, ada baiknya penulis ingin memberi satu ayat daripada pencipta konsep graviti. Isaac Newton pernah memberi amaran;

Gravity explains the motions of the planets, but it cannot explain who set the planets in motion. God governs all things and knows all that is or can be done”

Ia memberi jawapan kepada Stephen Hawking dalam tulisannya melalui buku The Grand Design;

“Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing. Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing, why the universe exists, why we exist. It is not necessary to invoke God to light the blue touch paper and set the universe going.”

Sebelum menutup artikel kali ini, penulis ingin pembaca berfikir sejenak firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 190 ini;

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.
_______________________________________
[1]        Jawatan yang dimaksudkan adalah Lucasian Professor of Mathematics di University of Cambridge yang dipegang oleh Stephan Hawking selama 30 tahun iaitu daripada 1979 sehingga persaraannya pada 1 Oktober 2009. Lucasian Professor of Mathematics diakui oleh seluruh dunia sebagai jawatan paling berprestij yang hanya terdapat di University of Cambridge. Isaac Newton memegang jawatan ini daripada tahun 1669 sehingga 1702. Newton adalah individu kedua memegang jawatan ini selepas Isaac Borrow. Sekarang, jawatan ini dipegang oleh ahli fizik terkenal Micheal Green.
[2]        Athanius merupakan paderi zaman Constatine I. Beliau adalah pelopor ajaran Triniti dan bertanggungjawab mengubah Bible sepertimana yang ada hari ini. Dengan erti kata lain, beliaulah yang bertanggungjawab atas penyelewengan ajaran Kristian yang terdapat pada hari ini. Penentang Athanius pada ketika itu adalah Arius yang menolak ajaran Triniti kerana menurutnya menyimpang daripada ajaran Jesus yang sebenar. Arius akhirnya dibunuh oleh Athanius, Constatine dan sekutunya dalam satu persidangan.
[3]        Socinian adalah ajaran monotheist yang dipelopori oleh Laelius Socian. Beliau adalah penentang kuat ajaran Trinity dan Roman Katholik. Beliau menolak ajaran triniti yang mempercayai sifat ketuhanan yang ada pada Jesus Christ.
takusahrisau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...