Syarat
mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita
mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’.
Pernahkah
kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak
remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh
anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?
Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap
perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima
pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata,
hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Ahli
syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang
menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari
kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Anda
tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak
titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu
kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan
antara keduanya.
Pada
anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik
akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan
berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan
wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel,
jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi
kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja
untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur,
suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang
disyari’atkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…
Kita
tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba
ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah
jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya
kongsikan:
Dari
ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur
yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang
dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan
jari kaku.
Berkenaan
telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik
ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja,
tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak
meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai
titik penerima ransangan.
Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.
Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…
Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada anda.Wallahualam.
buaya-merah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan