Semut-semut ini diletakkan di dalam
sebuah bekas khas yang tertutup yang dilihat seperti akuarium dengan
hanya disinari oleh cahaya ultra violet (cahaya ungu yang mewakili
cahaya matahari) dan medium dalam bekas itu adalah tanah lutsinar
(mempunyai sifat-sifat galian dan nutrisi seperti tanah tetapi
lutsinar). Aku pun tak berapa tahu apa jenis tanah lutsinar tu, mungkin
macam gel minyak rambut kita tu kot hehe.
Setelah beberapa minit berlalu,
semut-semut itu mula bekerja, membuat lubang-lubang jalan iaitu
koloni-kolini kecil untuk membantu semut-semut lain bergerak di dalam
“tanah”. Semut-semut ini mahu melarikan diri dari terikan panas mentari,
kalau tak salah aku lah. Takkan depa semua nak duduk bawah panas
mentari kan. Lari lari…
Hasilnya, terbentuklah pelbagai jenis
lorong-lorong kecil yang menghubungkan jalan-jalan dalam tanah yang
merupakan suatu seni yang amat unik. Jika kita lihat dari jauh,
Subhanallah, indah dan kreatif sekali makhluk ciptaan Allah ini. Mari
kita mencontohi kerajinan dan kekreatifan semut ini dan mengaplikasikan
dalam kehidupan seharian kita. Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat
bekerjasama untuk mencapai matlamat mereka untuk membuat sarang yang
selesa untuk mereka. Sekian sahaja eksperimen hari ini. Kepada
saintis-saintis muda, boleh la buat eksperiment ini di rumah dan lihat
sendiri hasilnya.
THISBLOGRULES
Tiada ulasan:
Catat Ulasan