Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud: “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Bukhari yang bermaksud: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.”
Sebut sahaja pasal mas kahwin, teringat pula rakan-rakan seperjuangan yang lain sewaktu di bangku sekolah, politeknik dan universiti yang sudah ramai mendirikan rumahtangga. Saya pula masih tercari-cari masa yang sesuai untuk berkahwin.
Maklumlah, teringat pula pesan orang melayu kita. Biarlah “tegak berdiri” dahulu barulah fikir untuk berkahwin. Bagi yang tidak faham dengan “tegak berdiri” yang saya maksudkan, rajin-rajinlah tinggalkan komen di bawah.
Alang-alang menyentuh pasal mas kahwin ini, apa kata kita lihat kadar mas kahwin mengikut negeri yang saya ketemui di laman blog rakan-rakan. Tetapi dinasihatkan agar membuat rujukan lain di jabatan agama negeri masing-masing ya, mana tahu ianya sudah berubah.
Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri
Jom kita lihat pula riwayat at-Tabrani dan al-Hakim mengenai mas kahwin ini pula:Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina.”Huraian:
- Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
- Mas kahwin merupakan pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya setelah berlaku akad nikah di mana nilai mas kahwin adalah berbeza mengikut negeri.
- Rasulullah pernah bersabda bahawa salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
Apa-apa pun tunai yang wajib dahulu, iaitu mas kahwin barulah fikirkan bab lain. Itu baru “tegak berdiri”, lengkap semua baru fikirkan untuk berumahtangga. Ingat, mas kahwin adalah wajib.
mohdisa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan