Gambar di atas merupakan gambar yang telah berjaya memenangi hadiah Pulitzer. Gambar gadis yang berbaju hijau ini telah diambil oleh seorang jurugambar AFP bernama Massoud Hossaini, 30 tahun. Kalau korang nak tahu, ada kisah sedih pada gadis dalam gambar ni hingga sekarang.
Tarana Akbari, 11 tahun, iaitu gadis dalam gambar di atas hingga ke hari ini masih lagi mengalami mimpi ngeri meskipun gambarnya menjadi terkenal di serata dunia. Dia tidak lagi memakai pakaiannya yang berwarna hijau itu, yang terkena percikan darah miliknya dan saudara-mara di sekelilingnya seramai 70 orang, meninggal dunia di situ dalam sebuah majlis keramaian agama pada 6 Disember tahun lepas.
Kadang-kala Tarana menangis sendirian tatkala mengenang semula detik hitamnya itu. Ketika dia pertama kali melihat gambar itu, dia berkata, "Macam mana saya boleh hidup? Saya lihat semua mayat berada di sekeliling saya tapi hanya saya yang masih hidup." Kesan trauma terus terguris dalam hati Tarana. Kini, Tarana yang mempunyai parut di kakinya tidak lagi mampu ke sekolah. Meskipun demikian, Tarana berharap dan berdoa agar dirinya lekas pulih dan dia dapat pergi ke sekolah semula. Apa pun kita sedekahkan Al-Fatihah untuk saudara-mara Tarana dan penduduk Afghanistan.
Al-Fatihah.
duniaedy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan