Jumaat, 27 April 2012

Islam Di sebalik Tabir Steve Jobs

ei
Andai Steve Jobs dibuang ketika bayi dan tidak dapat meneruskan hidupnya, mungkin dunia tidak akan dapat menikmati teknologi iPad dan iPhone.
Pengasas syarikat komputer Apple yang menghasilkan iPad dan iPhone, Steve Jobs tidak ada hubungan dengan Islam. Mendiang yang meninggal dunia Oktober lalu adalah penganut agama Buddha dan dalam hidupnya pernah mendapat bantuan makanan daripada kumpulan Hindu, Hare Krishna di California, Amerika Syarikat.





Tetapi bapa kandungnya bukannya Paul Jobs. Itu ialah bapa angkatnya. Bapa kandungnya ialah Abdul Fattah Jandalli. Kalau hendak dikatakan hubungan Steve Jobs dengan Islam, maka itulah dia, beliau berketurunan Islam.

Abdul Fattah Jandalli yang kini dikenali sebagai Abdul Fattah John Jandalli adalah seorang Arab berasal dari Syria. Beliau lulusan bidang sains politik dan matematik, pernah menjadi profesor di Universiti Nevada, Reno, Nevada, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun beliau kemudian menjadi eksekutif kasino di Boomtown Hotel Casino.

Ketika muda beliau berkenalan dengan Joanne Carole Schieble dan melahirkan Steve Jobs di luar nikah. Bapa Joanne melarang anaknya berkahwin dengan Jandalli kerana dia keturunan Arab dan beragama Islam. Untuk mengelak diperkatakan orang, Joanne melahirkan Steve Jobs di San Francisco dan mencari pasangan yang mahui menjadikannya anak angkat.

Di sinilah mereka bertemu dengan Paul dan Clara Jobs. Sebagai keluarga angkatnya, bayi itu dinamakan Steve Jobs. Pada masa itu, pasangan ini tidak mempunyai anak. Mereka adalah keturunan Armenia yang berkebanyakan daripada mereka beragama Kristian Ortodoks.

Paul kemudian bercerai dengan Clara. Maka dalam keadaan kucar-kacir ini Steve Jobs ada kalanya melalui pengalaman susah kerana kekurangan wang. Sewaktu inilah beliau mendapat bantuan makanan dari kumpulan Hindu, Hare Krishna melalui kuil mereka.

Dalam tahun-tahun 60-an, Steve Jobs seperti banyak anak-anak muda Amerika turut mencari anutan kerohanian baru dan berbeza daripada Kristian. Maka mereka teratrik dengan agama-agama di India khususnya Hindu hingga pergi ke negara itu untuk mencari makna hidup.

Dalam pencarian itulah, Steve Jobs memilih agama Buddha dan menganut agama itu sehingga akhir hayatnya. Beliau tidak makan daging kerana mematuhi ajaran agamanya. Apa yang beliau makan ialah ikan dan sayur-sayuran. Cara hidupnya juga sederhana walaupun beliau menjadi bilionair.

Kesederhanaan dan minimalisnya menzahirkan kehidupan asetik atau zuhud. Dengan selalunya berpakaian hitam dan seluar jeans serta tidak menampakkan kehidupan bermewah-mewah dan menunjuk-nunjuk.

Ada satu laporan yang menyatakan bahawa Abdulfattah menyatakan kekesalannya kerana tidak memelihara Steve Jobs. Menurutnya, keputusan melahirkan Steve Jobs jauh daripadanya dan kemudian menyerahkan bayi kepada orang lain telah dibuat oleh ibunya.

Beliau mengharap Steve Jobs dapat menghubunginya apabila tersebar dia menangung penyakit barah pankreas. Tetapi Abdulfattah sendiri dikatakan enggan menghubungi anaknya kerana apa yang dikatakan “maruah Syria”. Beliau mengharapkan anaknya menghubunginya dan bukan dia yang menghubungi anaknya.
Ini kerana, menurut laporan, Abdulfattah tidak hendak dikatakan sebagai mahu merebut harta anaknya. Dia kata dia mempunyai harta sendiri dan tidak mengharapkan wang Steve Jobs. Tetapi Steve Jobs sendiri tidak pernah mahu bercakap mengenai Abdulfattah. Katanya, bapanya ialah Paul Jobs yang banyak menyumbang kepada hidupnya kerana memelihara dan membesarkannya.

Menurutnya, kegemaran Paul Jobs terhadap peralatan turut mempengaruhi kecenderongan Steve Jobs terhadap komputer. Tetapi apabila khabar Steve Jobs sakit, Abdulfattah cuba membantu dengan mengirim rekod-rekod perubatannya kalau-kalau ia dapat membantu anak kandungnya itu.

Apabila Steve Jobs meninggal dunia dan para wartawan menghubungi Abdulfattah, beliau enggan memberi sebarang komen. Hanya setelah Steve Jobs meninggal barulah dunia mengetahui mengenai asal-usul keturunan pencipta iPad dan iPhone ini.

Bagi orang Islam, sememangnya perbuatan Abdulfattah dalam hidupnya ini adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Umpamanya hubungan luar nikahnya hingga melahirkan Steve Jobs. Tetapi perkara ini adalah suatu yang tidak menghairankan bukan saja di negara-negara Barat tetapi juga dalam dunia Islam sendiri.

Hubungan luar nikah sentiasa berlaku dalam peradaban manusia tanpa mengira anutan agamapun walaupun semua agama melarangnya. Di negara ini pun, masalah buang bayi adalah suatu yang menyayat hati dan zalim. Tetapi ibu Steve Jobs seperti banyak remaja yang menghadapi masalah seumpamanya di negara Barat tidaklah membuang bayi mereka.

Sebaliknya mereka mencari ibu bapa angkat yang tidak sukar untuk diperoleh. Joanne mahukan anaknya hidup berjaya walaupun dia tidak memeliharanya. Dia mahu Steve Jobs akhirnya belajar dan berijazah. Dia meletak syarat supaya pasangan yang akan memelihara anaknya mestilah seorang yang berijazah. Andai Steve Jobs dibuang ketika bayi dan tidak dapat meneruskan hidupnya, mungkin dunia tidak akan dapat menikmati teknologi iPad dan iPhone.

Anak luar nikah tidak berdosa apa-apa. Jika dilihat kepada kehidupan Steve Jobs maka akan didapati bahawa dia telah berjasa dan memberi sumbangan besar kepada teknologi komputer dan manusia. Kalaulah dipelihara oleh Abdulfattah dan anutan agamanya kuat, maka mungkin Steve Jobs menjadi orang Islam hingga akhir hayat.

Tetapi takdir tidak menentukan sedemikian. Lagipun tidaklah diketahui keadaan agama Abdulfattah yang menceburi dalam perniagaan perjudian. Sekali lagi tidaklah dapat seseorang menghukum manusia lain dalam suasana masyarakat berbeza walaupun jelas judi adalah haram di sisi Islam
Cloudfable.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...