Discovery sewaktu diletak diatas Boeing 747
Rasanya
semua orang tahu kapal terbang angkasa AS yang bernama Discovery.
Sebuah kapal angkasa yang lasak dan telah beberapa kali melakukan
penerbangan ke angkasa lepas. Kali ini, kapal tersebut telah membuat
penerbangan terakhirnya diatas sebuah pesawat Boeing 747 mengelilingi
ruang udara Washington sebagai satu penghargaan keatas kapal tersebut.
Kali ini aku mencari beberapa keping gambar Discovery tersebut luar dan
dalam melalui bantuan pakcik google.
WASHINGTON
- Kapal angkasa Discovery yang diangkut di atas sebuah pesawat Boeing
747, melakukan penerbangan simbolik sebelum ia mendarat berhampiran
sebuah muzium, tempat ia disimpan di ibu kota AS di sini kelmarin.
Discovery
yang melakukan penerbangan sulung pada 1984, terbang mengelilingi ibu
kota AS berkenaan selama sejam sebelum mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Dulles dengan disaksikan oleh orang ramai.
Kapal
angkasa berwarna hitam dan putih milik Pentadbiran Aeronautik dan
Angkasa Lepas Amerika (NASA) itu kelihatan lusuh selepas melakukan 39
misi ke angkasa lepas.
"Ia seperti menghantar ahli keluarga anda menetap di tempat lain," kata seorang angkasawan NASA, Nicole Stott.
Discovery
melakukan misi terakhir ke angkasa lepas pada Februari dan Mac tahun
lalu melibatkan perjalanan pergi balik ke Stesen Angkasa Lepas
Antarabangsa (ISS) yang mengambil masa 13 hari.
Daripada
tiga buah kapal angkasa milik AS termasuk Endeavour dan Atlantis,
Discovery adalah yang tertua dan paling kerap terbang ke angkasa lepas.
Pusat
kawalan NASA menyatakan, Discovery menghabiskan masa 365 hari di
angkasa lepas dan terbang sejauh 241 juta kilometer sepanjang
perkhidmatan kapal angkasa berkenaan. - AFP
Sewaktu dalam perkhidmatan..Discovery
Angkasawan NASA bergambar berlatarbelakang Discovery
Saat untuk diangkat diletak atas Boeing 747
Tandas kapal angkasa Discovery
lamankongsi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan